BERITA TERKINI   KKM buka permohonan fasa pertama pelantikan khas tetap 750 kekosongan Pegawai Perubatan Gred UD10 di Sabah, Sarawak pada 9-15 Nov | PRN Melaka: BN setuju beri MCA satu lagi kerusi untuk ditandingi, iaitu DUN Bandar Hilir - Wee Ka Siong | 14,706 kandungan CSAM, 5,178 laman web lucah dan 828,438 kandungan judi dalam talian diturunkan sejak 2022 hingga Sept - Fahmi | Filem tayangan umum masih tertakluk penapisan LPF, 17 filem di bawah Skim Wajib Tayang kutip RM129.86 juta setakat 8 Okt - Fahmi | Persembahan artis luar negara kekal tertakluk kepada syarat dan garis panduan PUSPAL - Fahmi | 

Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian "september"

Syarikat Penerbangan Asia Pasifik Bawa 30.4 Juta Penumpang Antarabangsa Pada September – AAPA

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik membawa sejumlah 30.4 juta penumpang antarabangsa pada September 2026, meningkat sebanyak 0.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Meneroka ‘Steel Dome’ Turkiye Dijana AI : Dron Murah Jadi Ancaman Yang Menelan Belanja Besar

KONYA (Turkiye), 29 Okt (Bernama) -- Bunyi dentuman kuat tembakan meriam antipesawat bergema di seluruh lapang sasar tentera di Konya, Turkiye, ketika sebuah sistem pertahanan canggih memperlihatkan keupayaan tentera moden untuk menangkis serangan dron yang kini menjadi antara ancaman keselamatan paling pesat berkembang.

CIMB Niaga Catat Keuntungan Sebelum Cukai 5.8 Trilion Rupiah Pada Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) --Keuntungan sebelum cukai anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, bagi suku ketiga 2026 berakhir 30 September 2026, berjumlah 5.8 trilion rupiah yang membawa kepada pendapatan sesaham sebanyak 178.65 rupiah (RM1 = 4,458.71 rupiah).

Kenanga IB Naikkan Unjuran Pertumbuhan LHPR Malaysia 2026 Kepada 7.4 Peratus Susulan Risiko Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi 2026 kepada 7.4 peratus daripada 6.4 peratus sebelum ini susulan risiko berterusan dalam pasaran tenaga akibat konflik berpanjangan di Asia Barat.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Bursa Malaysia Naik 10 Peratus Kepada RM70.20 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 10 peratus kepada RM70.20 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 daripada RM63.84 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pulau Pinang, Johor, Selangor Sumbang 80.5 Peratus Jumlah Dagangan Malaysia Pada September – DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 80.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IHPR Malaysia Meningkat 12 Peratus Pada September 2026 – DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 12.0 peratus pada September 2026, berbanding 10.7 peratus pada Ogos 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Eksport Malaysia Ke AS Melonjak 69.1 Peratus Kepada RM282.07 Bilion – MITI

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 39.6 peratus kepada RM378.70 bilion.

Harga Minyak Mentah Brent Meningkat Susulan Serangan Houthi, Gangguan Perkapalan

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117 (US$1=RM4.08) setong, didorong oleh peningkatan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan kemungkinan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga tenaga meningkat susulan ketegangan yang berterusan di Asia Barat.

Pulau Pinang Catat Pelaburan Direalisasikan RM36.62 Bilion Setakat September

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM36.62 bilion setakat 30 Sept, mengatasi sasaran RM22 bilion bagi 2026, menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Pasaran Getah Meningkat, Disokong Jualan Kereta EU

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup meningkat pada Jumaat, disokong jualan kereta Kesatuan Eropah (EU) yang lebih kukuh pada September, meskipun niaga hadapan getah serantau mencatat pergerakan bercampur-campur, kata seorang peniaga.