Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi positif pasaran tunai.
| BERITA TERKINI | DAP menyokong pemansuhan AUKU - Loke | Keputusan kekal atau tidak dalam Kerajaan Perpaduan akan dibuat secara kolektif oleh perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP hari ini - Loke | Pengurusan IPMA diarah gantung tugas kakitangan dikaitkan dengan dakwaan gangguan seksual - Asyraf Wajdi | PKR sambut baik ‘otai’ kembali ke parti - Fahmi | MCMC minta lebih 8,000 akaun palsu sentuh 3R diturunkan oleh platform media sosial sejak PRN Johor hingga semalam - Fahmi | |
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi positif pasaran tunai.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kekuatan dalam saham telekomunikasi dan peningkatan semula di kaunter perbankan wajaran tinggi yang mengekalkan indeks penanda aras dalam lingkungan positif walaupun sentimen pasaran secara keseluruhan dalam mod berhati-hati.
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh harga minyak mentah yang rendah dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend kenaikan pada tengah hari, disokong oleh minat belian yang kukuh ke atas saham-saham kewangan utama dan telekomunikasi.
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan minat belian yang berterusan, didorong oleh keyakinan bahawa sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) mengalami kitaran pertumbuhan yang pesat, kata peniaga.
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kadar asas pasaran tunai yang positif.
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan yang semakin reda terhadap prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS) telah merangsang sentimen pasaran susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh sentimen yang timbul susulan pelaksanaan program biodiesel B50 Indonesia.
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) terus menjejaskan sentimen pasaran serantau dan memberi sokongan terhadap dolar AS.
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan kelemahan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.