Terdapat 54 berita berdasarkan kata kunci carian " momentum"

Prestasi Perdagangan Mengekalkan Trajektori Meningkat Yang Kukuh Pada Oktober 2026 -- MITI

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Prestasi perdagangan mengekalkan trajektori peningkatan yang kukuh pada Oktober 2026, mencatatkan pencapaian bersejarah, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai ekonomi yang berdaya tahan dan semakin pelbagai, meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.

Unjuran Pertumbuhan Eksport Malaysia Pada 2026 Naik 40 Peratus - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia bagi tahun 2026 kepada 40 peratus daripada 35 peratus, disokong oleh pertumbuhan kukuh setakat tahun ini (YTD) sebanyak 37.1 peratus.

Malaysia Dijangka Kekal Catat Momentum Pelaburan Kukuh Pada 2027

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Momentum pelaburan Malaysia dijangka kekal kukuh pada 2027 sekiranya ekonomi terus berkembang antara empat hingga lima peratus, disokong prestasi perdagangan, daya tahan ekonomi dan minat berterusan pelabur, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kontraktor Johor Raih 2,631 Projek Pembinaan Bernilai RM40.65 Bilion Pada 2025 – Exco

ISKANDAR PUTERI, 20 Nov (Bernama) -- Kontraktor tempatan di Johor merekodkan 2,631 projek pembinaan bernilai RM40.65 bilion sepanjang 2025, berdasarkan data Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Johor Centre for Construction Development (JCCD).

Keuntungan Bersih Sunway Construction Meningkat Kepada RM105.05 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) --Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd meningkat kepada RM105.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, berbanding RM83.77 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

TIV Industri Automotif Susut Tujuh Peratus Kepada 70,519 Unit Pada Oktober - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia menyusut tujuh peratus kepada 70,519 unit pada Oktober 2026 berbanding 75,991 unit pada bulan yang sama tahun lepas.

Johor Bentang Belanjawan 2027 Berjumlah RM3.07 Bilion

ISKANDAR PUTERI, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor hari ini membentangkan Belanjawan 2027 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.07 bilion dan unjuran lebihan sebanyak RM2.33 juta.

MBSB Investment Bank Naikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Kepada 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.4 peratus daripada 5.1 peratus.

Keuntungan Bersih Dutch Lady Lonjak 26.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Dutch Lady Milk Industries Bhd melonjak 26.2 peratus kepada RM40.46 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 daripada RM32.05 juta sebelum ini.

Malaysia Harap Mencatat Antara Kadar Pertumbuhan Tertinggi Dalam Kalangan Ekonomi Membangun – Anwar

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap ekonomi Malaysia dapat mencatatkan antara kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan ekonomi membangun susulan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026.

Sekatan Eksport Cip AS: Masih Awal Untuk Nilai Kesan Kepada Malaysia Seiring Perkembangan Semasa - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Impak sekatan terbaru Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip ke pusat data di luar negara masih terlalu awal untuk dinilai memandangkan perkembangan berkaitan perkara itu masih berterusan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kepelbagaian Ekonomi Malaysia Kurangkan Kebergantungan Pada Sektor AI - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai mengurangkan kebergantungannya terhadap mana-mana sektor tunggal, termasuk kecerdasan buatan (AI), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.