18jam ago
Daripada Harlina Samson
SHANGHAI, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) sebagai teras dasar perindustriannya, menjadikannya sebagai instrumen utama transformasi ekonomi untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dengan pendapatan yang baik.
1hari ago
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti langkah mempercepat pembayaran bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan serta memperkukuh akses pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk menerusi pembiayaan berasaskan kontrak dan invois.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 seharusnya mengekalkan dasar perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan selain mengekalkan konsolidasi fiskal secara bertahap, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Majlis Rantaian Bekalan ASEAN memasuki fasa baharu apabila beralih menjadi struktur kerja tetap di bawah Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Eco World Development (S) Pte Ltd, berjaya memperoleh sebidang tanah di Lorong Puntong/Sin Ming Avenue, Singapura pada harga S$208.09 juta (RM667.6 juta).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd (JTGroup), Jati Tinggi Holding Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM72.84 juta bagi melaksanakan kerja infrastruktur kuasa kritikal untuk pembangunan pusat data di Selangor.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Usaha pelaburan swasta domestik berupaya menghidupkan semula aset usang selain dapat merancakkan ekosistem ekonomi setempat, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menggesa kerajaan menangani dua keutamaan nasional yang semakin penting, iaitu kecerdasan buatan (AI) dan perkembangan pesat pusat data, selain pemodenan grid serta pendigitalan tenaga dalam Belanjawan 2027.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) akan menganjurkan Persidangan JC3 Journey to Zero 2026 di Sasana Kijang di ibu negara pada 28 hingga 29 September ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Malaysia memerlukan antara US$852 bilion hingga US$1.1 trilion (US$1=RM4.07) menjelang 2050 bagi penyesuaian terhadap perubahan iklim, mencerminkan skala pembiayaan yang diperlukan untuk memperkukuh daya tahan negara menghadapi kesan perubahan iklim, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
9hari ago
ALOR SETAR, 14 Sept (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah memperluaskan jaringan perniagaan dan meneroka peluang pasaran global baharu menerusi penyertaan dalam sesi Pemadanan Perniagaan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-32 di Medan, Indonesia baru-baru ini.