43minit ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) – Tiada sebarang petunjuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan isu Nvidia-Megaspeed dieksport dari Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia berhasrat mengeratkan kerjasama ekonomi dengan China melalui pengukuhan kerjasama antara perniagaan kedua-dua negara, khususnya bagi membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menyertai rantaian bekalan dan meraih manfaat daripada peluang pelaburan yang lebih luas.
22jam ago
SERI KEMBANGAN, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia dan China perlu memperluas kerjasama ekonomi melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional dengan memberikan penekanan lebih besar kepada inovasi, kerjasama industri serta pembangunan bakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia meneruskan perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan dengan Taiwan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi Malaysia-Taiwan kekal kukuh dan tidak terjejas, dengan Malaysia terus menerima pelaburan dari Taiwan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan akan tetap melindungi rakyat, menjamin bekalan keperluan asas serta menyokong kelangsungan perniagaan dan pekerjaan jika konflik di Asia Barat semakin meruncing.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Mereka yang memperjuangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya menyarankan supaya beban cukai dipindahkan daripada sektor perniagaan dan pengeksport kepada rakyat secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pinjaman baharu di bawah Kerajaan MADANI adalah untuk membiayai pembangunan negara, termasuk sekolah, hospital, jalan raya serta bekalan air dan elektrik.
1hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kenaikan gaji minimum terbaharu dijangka meningkatkan pendapatan pekerja, namun pada masa sama perlu mendorong perniagaan mempergiat usaha meningkatkan produktiviti bagi memastikan kos upah yang lebih tinggi dapat ditampung tanpa menambah tekanan terhadap harga barangan dan perkhidmatan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pembukaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal membawa kelegaan besar buat penduduk di wilayah berkenaan memandangkan perkhidmatan rel moden ini mampu memendekkan tempoh perjalanan antara Kelantan, Terengganu, dan Pahang menuju ke Lembah Klang berbanding kaedah pengangkutan darat sedia ada.
1hari ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Pengembangan mampan ekonomi Malaysia yang dicerminkan menerusi pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh pertama 2026, memperlihatkan kejayaan pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026 daripada tangga ke-34 pada tahun lepas, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.