51minit ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Lima syarikat Bumiputera telah berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia antara April 2025 dan September 2026, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1hari ago
ALOR SETAR, 20 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Special Renewable Energy Zone@NCER (SREEZ@NCER) yang diterajui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mencatat kemajuan penting dengan bermulanya pembinaan projek solar pertama Malaysia di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) di Kedah Rubber City (KRC).
3hari ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Sebanyak 77 syarikat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Malaysia telah menjana jualan eksport berjumlah RM114.82 juta setakat 30 September tahun ini, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih yang meningkat kepada RM62.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada defisit RM45.23 juta pada suku yang sama setahun sebelumnya.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Polaris Bio Co Ltd, syarikat biotenaga dari Korea Selatan, menjadi pemaju pertama yang mendaftarkan projeknya di bawah Artikel 6.2 Perjanjian Paris di Malaysia, melibatkan projek Biogas Terengganu miliknya.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan, pengangkutan dan logistik serta telekomunikasi dan media mencatatkan aliran masuk bersih daripada institusi asing ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah dalam persekitaran kekurangan minat belian, mencerminkan sentimen berhati-hati yang berterusan, kata penganalisis.
8hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk sesi keempat berturut-turut, ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan yang berterusan merentasi pelbagai sektor sehingga menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi asing meneruskan trend pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, meneruskan aliran masuk bersih sebanyak US$381.3 juta (US$1=RM4.05), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan oleh konsortium yang diterajui SoftBank dalam platform kecerdasan buatan (AI) di Malaysia mencerminkan keyakinan global terhadap potensi negara untuk membangunkan dan menggunakan AI.
12hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Masa depan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), sama ada dikekalkan, dinaik taraf atau dipindahkan mesti ditentukan menerusi penilaian komprehensif terhadap daya maju ekonomi, kapasiti operasi dan manfaat jangka panjangnya kepada Sabah.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meraih anugerah dalam kategori Pelaburan pada Pensions & Investments (P&I) WorldPensionSummit Excellence & Innovation Awards menerusi inisiatif Dana Pemacu bernilai RM6 bilion.