Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian "wajaran tinggi"

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham mewah terpilih berikutan sentimen serantau yang berhati-hati.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas, menjejaskan sentimen pelabur.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Dalam Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhiri Dagangan Pagi, Atasi Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Selepas Dibuka Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Momentum dagangan indeks penunjuk utama Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah cabaran di peringkat luaran dan domestik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Bagi Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh K. Naveen Prabu dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan dengan lebih tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah utama pada 3.75 peratus hingga 4.00 peratus.

Belian Pada Akhir Dagangan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih terutama saham utiliti, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu, seiring dengan pasaran serantau.

Indeks Utama Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan.  

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan sentimen pasaran yang lebih baik, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street selepas pengumuman pembiayaan baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI).