2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
2bulan ago
SEPANG, 20 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo, akan beroperasi menerusi “model Sarawak” yang menggabungkan sokongan kerajaan dengan operasi komersial bagi memastikan tambang penerbangan kekal berpatutan, selain menjamin kemampanan jangka panjang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada sebanyak 21.7 peratus daripada 15.3 peratus sebelum ini, dipacu prestasi eksport 2026 setakat ini yang lebih kukuh berbanding jangkaan, apabila berkembang 27.5 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.1 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tradisional seperti kaunter perbankan, pengguna dan perladangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Rizab petroleum negara tidak seharusnya menjadi inisiatif tenaga yang berasingan, sebaliknya merupakan antara komponen strategi keselamatan ekonomi yang lebih luas meliputi keterjaminan makanan, mineral kritikal, semikonduktor dan infrastruktur digital, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pusat pertumbuhan serantau di Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh untuk memacu fasa seterusnya pembangunan ekonomi bernilai tinggi, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AmBank (M) Bhd menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026 berkembang 5.6 peratus, disokong oleh penggunaan swasta yang didorong oleh perbelanjaan musim perayaan sepanjang suku itu serta pelaburan swasta yang kekal stabil.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia untuk mengkaji penubuhan rizab petroleum negara mencerminkan peralihan yang lebih menyeluruh dalam dasar nasional, menurut pakar.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
2bulan ago
MELAKA, 16 Julai (Bernama) -- Melaka terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara hab semikonduktor dan pembuatan termaju terkemuka Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem perindustrian yang kukuh, tenaga kerja berkemahiran serta lokasi strategik bagi menarik pelaburan bernilai tinggi generasi baharu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.