6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
6hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan niaga hadapan getah serantau yang lemah dalam keadaan harga minyak mentah menurun mendadak dan jangkaan pengeluaran getah asli global yang tinggi, kata peniaga.
6hari ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd amat komited terhadap kedaulatan tenaga dengan memperkukuh daya tahan, melindungi keselamatan tenaga dan mempercepat pertumbuhan mampan.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengumumkan pelantikan Datuk Badrul Hisham Mohd sebagai Ketua Pengarahnya berkuat kuasa 3 Ogos 2026, berikutan persaraan Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kepesatan Asia Tenggara dalam mempercepat aspek penerimagunaan piawaian bangunan hijau, peningkatan asas pembuatan, permintaan terhadap teknologi jimat tenaga dan kecekapan sektor pembinaan dan perindustrian, turut membuka peluang baharu bagi syarikat bahan binaan China mengembangkan operasi di serata rantau itu.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memeterai Perjanjian Pelaksanaan (IA) dengan Ageas Insurance International NV (Ageas) untuk membeli baki 30.95 peratus kepentingan dalam Maybank Ageas Holdings Bhd (Maybank Ageas) pada harga RM4.83 bilion.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului Petronas Chemicals Group Bhd, CelcomDigi Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia iaitu kenderaan kompak mampu milik dan menjadi pilihan mobiliti utama di negara ini, sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta-merta.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- MBSB Bank Bhd memeterai perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menyokong pelaksanaan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G U Mobile menerusi penyediaan peralatan dan perkhidmatan.
6hari ago
Oleh Rhoma Ahmad Razali
JITRA, 3 Ogos (Bernama) -- Pengeluar rempah tempatan, Maker Recipe Sdn Bhd akan melabur kira-kira RM1.7 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai persediaan untuk jenama rempah tradisional Cap O menembusi pasaran antarabangsa.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih selepas mencatatkan jualan bersih pada minggu sebelumnya, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM11.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menjelang data ekonomi utama AS dikeluarkan hari ini dalam ketegangan mereda di Asia Barat.