2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi optimis untuk mencapai sasaran sumbangan pampasan pekerja (PP) sebanyak 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030 selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya memulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur sepanjang 2025 menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang pasaran modal.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Benama) -- Kerajaan menggalakkan amalan pengurusan ladang yang adaptif, khususnya dalam aspek pengurusan air dan pemeliharaan kelembapan tanah bagi mengurangkan kesan fenomena El Niño terhadap tanaman sawit.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat sederhana 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata CIMB Securities.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pasaran saham Malaysia kekal stabil ketika ini, disokong oleh dasar kerajaan yang telus serta polisi yang kondusif bagi menggalakkan kemasukan dana asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun susut tidak lama kemudian, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan mendadak hasil Perbendaharaan AS.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis ketika pasaran menunggu pembentangan Belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju defisit fiskal negara.
2hari ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ketika rakyat Malaysia masih merasai bahang kehangatan kembalinya Formula 1 (F1) ke Sepang selepas sembilan tahun tidak beraksi, sewajarnya Belanjawan 2027 turut dirangka mengikut acuan yang sama yang mampu menjana limpahan serta impak lebih meluas kepada rakyat, terutamanya memandangkan Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-70 tahun depan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Jumlah pinjaman FELDA yang masih dijamin kerajaan berjumlah RM5.88 bilion setakat 30 September 2026, selepas mengambil kira bayaran prinsipal sebanyak RM3.04 bilion, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Tuntutan cukai tambahan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak menyebabkan kos tersebut dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif elektrik, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan membelanjakan RM3.886 bilion bagi subsidi minyak masak pada 2024 hingga 2025, berbanding RM3.278 bilion hasil kutipan levi keuntungan luar biasa industri sawit dalam tempoh sama, menurut Kementerian Kewangan (MOF).