Terdapat 1858 berita berdasarkan kata kunci carian " de"

Pasaran Getah Diniagakan Dalam Julat Kecil Dengan Cenderung Sedikit Rendah Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjur kekal diniagakan dalam julat kecil dengan kecenderungan sedikit rendah pada minggu depan, kata pakar industri.

Emas Dijangka Menyaksikan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan beberapa pengambilan untung awal minggu hadapan menjelang pengeluaran data inflasi utama Amerika Syarikat (AS), kata pakar strategi global Quintex Intel, Stephen Innes.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Positif Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif minggu depan, disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin pulih.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pengukuhan Minyak Soya

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih kukuh.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk hari kedua berturut-turut berikutan pemulihan harga emas dalam pasaran global.

MBSB Bank Biayai Transformasi Tenaga Solar RM78 Juta Bagi Infrastruktur Air Kedah

BALING, 4 Sept (Bernama) – MBSB Bank Berhad menyediakan pembiayaan patuh syariah bernilai RM78 juta untuk menyokong pelaksanaan projek tenaga solar di 32 kemudahan milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Kedah.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari terakhir dagangan minggu ini, terjejas oleh penurunan di kaunter perladangan apabila para pelabur mengambil keuntungan susulan prestasi kukuh sektor tersebut baru-baru ini.

Shin Yang Beli Tanah Di Kuching, Sarawak Pada Harga RM34 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Forescom Plywood Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah seluas 8.32 hektar di Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, pada harga RM34 juta.

IPO Butterfield FB Terlebih Langgan 18.67 Kali Menjelang Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Butterfield FB Bhd (BFB) telah terlebih langganan sebanyak 18.67 kali ganda oleh rakyat Malaysia, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 15 September, 2026.

SkyGate NHJ Perluas Keupayaan Pembuatan Berteknologi Tinggi Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- SkyGate NHJ Technology Sdn Bhd memperluas kapasiti pembuatan berteknologi tinggi di Malaysia menerusi pembukaan kemudahan baharunya di Zon Perindustrian Bebas Perai, Pulau Pinang.

Petronas Tingkat Keupayaan Platform myPROdata Bagi Percepat Pelaburan Huluan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), telah mempertingkatkan keupayaan Petronas myPROdata dengan kecerdasan buatan (AI) berejen untuk menyediakan pandangan mengenai data penerokaan dan pengeluaran (E&P) Malaysia kepada pelabur dan pemain industri.