Terdapat 308 berita berdasarkan kata kunci carian " eksport"

Bank Pelaburan Kekal Positif, Unjur KDNK 2026 Malaysia 4.8-5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bank-bank pelaburan kekal positif terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan menjangkakan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dalam julat 4.8 hingga 5.4 peratus.

KDNK Tumbuh Kukuh, Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia suku kedua 2026 yang lebih kukuh, sekalig gus memberi sokongan terhadap mata wang tempatan.

Pertumbuhan 6.0 Peratus Bukti Momentum Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Prestasi negara mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global mencabar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Konsistensi Dasar, Asas Ekonomi Kukuh Sokong Keyakinan Pelabur - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Konsistensi dasar dan asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur walaupun terdapat kebimbangan terhadap persekitaran politik domestik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ketika pasaran mencerna data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.

Tiada Semakan Terhadap Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Buat Masa Ini - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 buat masa ini dan kekal yakin bahawa pertumbuhan dijangka mencapai kira-kira lima peratus, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ekonomi Malaysia Berkembang 6.0 Peratus Pada Suku Kedua 2026, Atasi Anggaran Awal DOSM - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

MBSB IB Jangka Ekonomi Malaysia Berkembang 5.9 Peratus Tahun Ke Tahun Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, tinggi sedikit daripada anggaran awal sebanyak 5.8 peratus.

Niaga Hadapan MSM Pulih Susulan Prospek Permintaan Minyak Sayuran India Yang Positif

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi pada Khamis, disokong prospek positif permintaan eksport minyak sayuran ke India.

25 Syarikat Berminat Dapatkan Pembiayaan Di Bawah Dana Mitigasi Iklim Pulau Pinang - Chow

GEORGE TOWN, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 25 syarikat telah menyatakan minat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah Dana Mitigasi Iklim Pulau Pinang (Dana CM), dengan lima daripadanya sedang menjalani proses penilaian.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Melonjak 31.5 Peratus Pada Jun 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026.

Harga Minyak, Data AS Positif Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.