1bulan ago
JAKARTA, 18 Ogos (Bernama) -- Hutang luar Indonesia meningkat 4.4 peratus tahun ke tahun kepada US$453.4 bilion (US$1=RM4.05) pada suku kedua 2026, didorong peningkatan hutang luar sektor awam ketika penguncupan hutang sektor swasta semakin sederhana.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan keuntungan bersih RM520.23 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027), meningkat 0.8 peratus berbanding RM516.18 juta dalam tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) – Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyasarkan hasil jualan sebanyak RM100 juta daripada Malaysia Gold Festival (MGF) 2026 yang dijadual berlangsung selama tiga hari dari 18 hingga 20 September depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
1bulan ago
MANILA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan momentum positif dalam hubungan ekonomi dua halanya dengan Filipina, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah US$8.22 bilion (RM35.21 bilion) pada 2025.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong harga minyak sayuran lain yang lebih kukuh serta prospek permintaan yang semakin baik.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan prospek fenomena El Niño yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran inflasi Malaysia pada 2.1 peratus bagi 2026, meningkat daripada 1.4 peratus pada 2025, dengan tekanan harga domestik kekal terkawal meskipun risiko tenaga kembali meningkat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran ringgit pada paras RM3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong oleh pertumbuhan yang berdaya tahan, lebihan akaun semasa yang berterusan serta rekod deposit mata wang asing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan dalam sesi dagangan sebelumnya.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) perlu memberi tumpuan kepada pulangan pelaburan yang munasabah dan mampan serta setimpal dengan tahap risiko yang boleh diterima, dan memberi keutamaan melindungi simpanan bakal jemaah, kata pakar ekonomi.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu depan, bergerak antara paras 1,740-1,750 mata.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari kedua berturut-turut berikutan pelabur menilai data ekonomi Amerika Syarikat (AS).