Terdapat 234 berita berdasarkan kata kunci carian " saham"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dipengaruhi aktiviti pengambilan untung terutama dalam saham perbankan dan utiliti.

Enest Group Tingkat Pengeluaran Dengan Kemudahan Baharu Di Kajang

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Enest Group Bhd merancang menggandakan kapasiti pengeluaran sarang burung walit menerusi pembangunan kemudahan pembuatan baharu di Kajang yang dijangka mula beroperasi pada 2028.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman Anggaran Awal Suku Kedua KDNK

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, disokong sentimen pelabur yang bertambah baik menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026, seiring prestasi positif Wall Street semalaman.

Paragon Globe Beli Tanah Di Kulai Pada Harga RM127.3 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah yang disenaraikan di Pasaran Utama, Paragon Globe Bhd (PGB) telah bercadang untuk mengambil alih kepentingan benefisial tidak terbahagi bernilai RM127.28 juta secara tunai ke atas kawasan seluas kira-kira 8.52 juta kaki persegi di dalam tanah geran induk (master land) pegangan bebas seluas 103.89 hektar di Kulai, Johor.

Saham Tenaga, Perbankan Pacu Bursa Malaysia Meningkat Lebih Satu Peratus

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh apabila meningkat lebih satu peratus untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian yang amat memberangsangkan dalam kaunter minyak dan gas serta perbankan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dengan indeks penanda aras meningkat 0.86 peratus disokong minat belian berterusan terhadap saham-saham perbankan.

Sin-Kung Logistics, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong Meterai MoU Bagi Pacu Kesalinghubungan

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Sin-Kung Logistics Bhd (SKL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AAHK) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kesalinghubungan udara dan kargo.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Penjagaan Kesihatan, Hartanah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor penjagaan kesihatan dan hartanah walaupun prestasi semalaman di Wall Street lemah.

KTC Labur RM30 Juta Bina Kilang Gardenia Di Sarawak, Bakal Perkenal Produk Edisi Tempatan

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) bercadang melabur RM30 juta untuk membina kilang pembuatan roti Gardenia di Kota Samarahan, Sarawak, yang akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dan pekerja mahir.

Milux Cadang Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam Movon Bernilai RM150 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Syarikat pengedar kelengkapan rumah, Milux Corporation Bhd telah bercadang mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Movon Sdn Bhd daripada Abletech Solutions Sdn Bhd (ASSB) dan Datuk Dr Lim Jee Gin pada nilai RM150 juta.

ASSAR Umum Dividen 6.5 Sen Seunit

KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

Kenaikan Saham Perladangan, Komoditi Rangsang Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila saham perladangan dan berkaitan dengan komoditi mencatatkan peningkatan, seterusnya mengimbangi sentimen berhati-hati di pasaran serantau.