2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Institusi asing meneruskan belian bagi minggu kedua berturut-turut di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih mencecah RM612.3 juta iaitu melonjak lebih lapan kali berbanding aliran masuk RM75.3 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Program Solar Skala Besar Pusingan Keenam (LSS6) yang baharu dilancarkan dijangka akan memanfaatkan pelaburan swasta antara RM13 bilion dan RM15 bilion, memandangkan kuota tender telah ditingkatkan kepada 2.65 gigawatts (GW) daripada 2.0 GW sebelumnya.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis, didorong pembelian menyeluruh merentas pelbagai sektor.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) mencatat buku pesanan tertinggi baharu sebanyak RM936.5 juta selepas anak syarikat milik penuhnya memperoleh dua kontrak berkaitan pusat data di Johor bernilai keseluruhan RM22.6 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dipengaruhi aktiviti pengambilan untung terutama dalam saham perbankan dan utiliti.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan kukuh apabila meningkat lebih satu peratus untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian yang amat memberangsangkan dalam kaunter minyak dan gas serta perbankan.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila saham perladangan dan berkaitan dengan komoditi mencatatkan peningkatan, seterusnya mengimbangi sentimen berhati-hati di pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) -- Terengganu merekodkan pelaburan keseluruhan bernilai RM399.8 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini.
2bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BANDUNG, 11 Julai (Bernama) – Sesi lawatan ke industri kreatif menerusi program Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS)@ASEAN, menyerlahkan lagi kepentingan kecerdasan buatan (AI) yang terus menyokong infrastruktur kehidupan seharian, selain membolehkan Selangor dan Indonesia meneroka peluang kerjasama dan penggunaan teknologi itu.