11hari ago
KOTA TINGGI, 1 Okt (Bernama) -- Berkat mempertahankan resipi keluarga sejak 19 tahun lepas, apam balik Jalan Mawai di sini terus menjadi buruan pelanggan dari serata daerah, malah perisa asli masih menjadi pilihan utama pelanggan kerana kesegaran bahan yang digunakan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya memperoleh pembiayaan berjangka Islam bersindiket bernilai RM5.2 bilion, sekali gus menandakan langkah penting dalam peralihan ke fasa seterusnya rangka kerja dwi rangkaian 5G.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi September 2026 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) melebihi RM3.00 sekilogram.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengekalkan agihan pendapatan sebanyak lima sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2026, yang memberi manfaat kepada lebih 82,000 pemegang unit.
11hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH) menggesa kerajaan supaya memperkukuh program tanaman semula, meningkatkan produktiviti pekebun kecil serta memperluas akses pembiayaan bagi sektor kelapa sawit dan getah menerusi Belanjawan 2027.
12hari ago
Oleh Shakir Husain
HYDERABAD, 30 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang meneliti langkah bagi meningkatkan lagi eksport produk-produk minyak sawit bernilai tinggi ke India seiring dengan permintaan terhadap minyak sayuran yang kekal kukuh di negara pengimport utama itu.
12hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, dipacu prestasi pasaran emas global yang terus meningkat.
12hari ago
SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka menerima tiga atau empat syarikat penerbangan baharu menjelang akhir tahun ini, dengan perbincangan mengenainya sudah berada di peringkat lebih tinggi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini giat meneroka kaedah penghasilan bahan api mampan termaju (ASF) pada kos lebih ekonomik namun masih berupaya mengekalkan prestasinya agar seiringan dengan perubahan peraturan unit kuasa Formula 1 (F1).
12hari ago
SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Penyambungan semula perkhidmatan Gulf Air ke Kuala Lumpur dijangka menawarkan kapasiti tambahan bagi penerbangan antarabangsa berikutan trafik penumpang udara Malaysia diunjurkan mencecah sehingga 109.7 juta tahun ini.
12hari ago
SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) -- KDEB Waste Management (KDEBWM) mengambil langkah strategik bagi memperkukuh tatakelola serta meningkatkan kecekapan pengurusan logistik menerusi kerjasama dengan Chevron Malaysia Limited (Caltex).
12hari ago
PETALING JAYA, 30 Sept (Bernama) -- TNG Digital Sdn Bhd dan Webull Securities (Malaysia) Sdn Bhd bekerjasama untuk memperkenalkan dagangan saham global menerusi GOfinance dalam TNG eWallet, yang membolehkan rakyat Malaysia yang layak mengakses ke pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Hong Kong serta pasaran saham A China.