Terdapat 444 berita berdasarkan kata kunci carian " tan"

Orkim Selesai Terima Kapal Orkim Opal, Perluas Armada Kepada 20 Buah Kapal

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Orkim Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Orkim Ambition Sdn Bhd, menyelesaikan Protokol Penyerahan dan Penerimaan bagi kapal Orkim Opal, sekali gus menjadikan jumlah armada kumpulan itu kepada 20 buah kapal dan meningkatkan jumlah kapasiti muatannya sebanyak 5.5 peratus.

FMM Saran Insentif Belanjawan 2027 Bagi Pencegahan Pencemaran, Teknologi Hijau

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) --  Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan memperkenalkan insentif di bawah Belanjawan 2027 bagi teknologi alam sekitar, pencegahan pencemaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri, inovasi serta pelaburan kelestarian perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

KPK Cadang Tubuh Tabung Bencana Dan Kawalan Penyakit Agrikomoditi Dalam Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mencadangkan penubuhan Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi sebagai antara inisiatif utama Belanjawan 2027 bagi membantu mengurangkan kerugian pekebun kecil akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit tanaman.

MSM Kembali Meningkat Susulan Jangkaan Pengecualian Duti Eksport

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, disokong jangkaan bahawa Malaysia mungkin mencadangkan pengecualian sementara duti eksport dalam Belanjawan 2027.

TANAKA MEP Mulakan Pembinaan Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi 4N Pertama Di Malaysia

BATU KAWAN, 8 Okt (Bernama) — TANAKA MEP Refinery Sdn Bhd hari ini merasmikan majlis pecah tanah untuk kilang penapisan logam bernilai tinggi berharga RM70 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan di sini.

Kenanga Kekalkan Saranan 'Wajaran Tinggi' Terhadap Sektor Pengguna Disokong Langkah Fiskal Bersasar

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan saranan ‘wajaran tinggi’ terhadap sektor pengguna, disokong oleh langkah fiskal bersasar seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

PTP Lengkapkan Elektrifikasi 52 Pengangkut Kontena, Pacu Operasi Terminal Lebih Hijau

ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Penggunaan 52 pengangkut kontena elektrik (e-PM) di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijangka meningkatkan kecekapan operasi selain mempercepatkan peralihan pelabuhan itu ke arah operasi terminal yang lebih mesra alam, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Advancecon-ACEN C&i Bekerjasama Tawar Tenaga Bersih Kepada Industri

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Syarikat infrastruktur dan pembinaan Advancecon Holdings Bhd telah bekerjasama dengan ACEN C&I MY Holdings Sdn Bhd untuk menyediakan opsyen tenaga bersih kepada penyewa Silver Valley Technology Park (SVTP) di Ipoh, Perak.

Pelabuhan Di Malaysia Percepatkan Nyahkarbon, Bangunkan Hab Penyaluran Bahan Api Mesra Alam Sekitar

ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia perlu mempercepat usaha penyahkarbonan bagi memenuhi keperluan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk mencapai pelepasan sifar bersih karbon menjelang 2050, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

SC Perkukuh Penguatkuasaan, RM1.98 Juta Dipulang Kepada 239 Pelabur Pada 2025 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya memulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur sepanjang 2025 menerusi tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang pasaran modal.

Pengurusan Ladang Adaptif Digalak Tangani Kesan El Nino Terhadap Tanaman Sawit - Huang

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Benama) -- Kerajaan menggalakkan amalan pengurusan ladang yang adaptif, khususnya dalam aspek pengurusan air dan pemeliharaan kelembapan tanah bagi mengurangkan kesan fenomena El Niño terhadap tanaman sawit.

Perbelanjaan Pembangunan Dijangka Naik 3.8 Peratus Kepada RM83 Bilion Pada 2027 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat sederhana 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83 bilion di bawah Belanjawan 2027, kata CIMB Securities.