BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 6-0 Singapura | IPT perlu jadi medan bentuk akhlak, keperibadian serta rasa tanggungjawab mahasiswa terhadap negara - PM Anwar | SPRM sahkan tahan reman dua tokoh korporat adik-beradik, sita kereta mewah dan motosikal kuasa tinggi | Malaysia-Singapura sasar meterai perjanjian dua hala bagi inisiatif Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) pada suku keempat tahun ini - Akmal Nasrullah | Mesyuarat pertama Jawatankuasa Menteri Kerjasama Johor-Singapura diadakan pada 2 November ini di Singapura - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 697 berita berdasarkan kata kunci carian "hasil"

Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Harga Minyak Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh harga minyak rendah, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang menurun dan data pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah selepas indeks ditutup rendah 0.26 peratus semalam, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Harga Minyak Menurun

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Jumaat, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik berikutan kebimbangan mengenai bekalan minyak mentah dari Asia Barat yang mereda, meningkatkan kecenderungan pelabur untuk mengambil risiko.

Teknologi Baharu Berpotensi Buka Peluang Untuk Ekonomi Biru Malaysia - Pakar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Menurut pakar dari Malaysia dan Jepun, teknologi baharu yang sedang berkembang seperti Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC), penghasilan hidrogen menggunakan tenaga angin, dan penyelesaian maritim hijau berpotensi membuka peluang baharu bagi Ekonomi Biru Malaysia.

Vertex Material Dinilai Pada US$7 Bilion, Sasar Penyenaraian Nasdaq Pada 2027

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Syarikat bahan termaju Malaysia, Vertex Material yang membangunkan bahan komposit berasaskan tembaga untuk aplikasi perindustrian, muncul sebagai syarikat unicorn (gergasi) baharu selepas mencapai penilaian kira-kira US$7 bilion (US$1=RM4.08).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Hasil Bon AS Kekal Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini selepas menempuh sesi dagangan yang tidak menentu susulan kebimbangan terhadap hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang kekal tinggi serta kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melaksanakan dasar monetari yang lebih agresif selanjutnya, kata seorang penganalisis.

MBSB Bank Salur RM29.6 Juta Kepada Bisajuta Untuk infrastruktur Sabah

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- MBSB Bank Berhad menyalurkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM29.6 juta kepada Bisajuta Sdn Bhd, kontraktor berpangkalan di Sabah untuk menyokong empat projek infrastruktur awam.

MATRADE, MDEC Pamer Lima Studio Permainan Di Tokyo Game Show 2026

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menampilkan lima studio permainan Malaysia di Pavilion Malaysia pada acara Tokyo Game Show (TGS) 2026 di Chiba, Jepun, dari 17 hingga 21 September, 2026.

Korea Selatan Berpotensi Jadi Destinasi Utama Rawatan Khusus - Amden Capital

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Amden Capital Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembiayaan penjagaan kesihatan dan pelancongan kesejahteraan, melihat potensi besar Korea Selatan untuk menjadi destinasi utama bagi rakyat Malaysia dan pesakit antarabangsa yang mendapatkan rawatan perubatan khusus, terutama dalam bidang yang mempunyai kepakaran pakar, teknologi canggih dan pengalaman luas dalam prosedur perubatan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan penurunan semalaman di Wall Street didorong oleh harga minyak yang tinggi, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat dan kenaikan kadar faedah AS yang mengekang pelabur terhadap aset berisiko. 

Kesan Susulan Krisis Tenaga Global Mula Beri Impak Kepada Harga Gas Asli, Arang Batu - Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU, 17 Sept (Bernama) -- Gangguan bekalan tenaga global kini menunjukkan kesan susulan apabila impak yang sebelum ini tertumpu pada pasaran petrol bermula Mac lepas mula merebak kepada bekalan tenaga lain seperti gas asli dan arang batu.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Selepas FOMC Naikkan Kadar Faedah

Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh selepas keputusan menaikkan kadar faedah oleh mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS semalam.

Malaysia Dijangka Catat Pertumbuhan Tahunan 4.3 Peratus Bagi Tempoh 2026-2035 - Laporan

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan purata tahunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.3 peratus bagi tempoh 2026 hingga 2035, menurut laporan bertajuk “From Tailwinds to Trade-Offs: Southeast Asia Outlook 2026-2035” yang dikeluarkan hari ini.