BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 0-0 Indonesia | Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 pada 6.36 petang | 

Terdapat 212 berita berdasarkan kata kunci carian "rumah"

Malaysia Perlu Momentum Pembaharuan Baharu Perkukuh Fiskal, Lonjak Produktiviti - OECD

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia memerlukan momentum pembaharuan baharu untuk memperkukuh kemampanan fiskal, melonjakkan produktiviti dan menambah baik pendidikan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang teguh dan berdaya tahan, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

OECD Kekal Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2026 Pada Lima Peratus

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengunjurkan ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh secara purata pada kira-kira lima peratus untuk tahun ini dan 2027 meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Deruman F1 Kembali Ke Sepang : Pengukur Kebanggaan, Persediaan Malaysia

Oleh Datuk Yong Soo Heong

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Berita pengumuman perlumbaan Formula 1 (F1) akan kembali beraksi ke Litar Antarabangsa Sepang pada 2 hingga 4 Oktober ini, membangkitkan rasa bangga yang sebegitu mendalam bagi diri saya -- baik sebagai rakyat Malaysia mahupun sebagai peminat tegar sukan permotoran itu sejak sekian lamanya.

Malaysia Utamakan Gaji Lebih Tinggi Sebelum Luaskan Asas Cukai - Akmal Nasrullah

PUTRAJAYA, 28 Julai (Bernama) -- Keutamaan segera Malaysia pada masa ini adalah meningkatkan pendapatan rakyat dan mengatasi isu gaji struktur sebelum meluaskan asas cukai, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sime Darby Property Buat Program Sukuk Hijau Pusat Data RM2.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Platform New Economy Venture (NEV) Sime Darby Property Bhd, Sime Darby Property NEV (Holdings) Sdn Bhd (SDP NEV) telah melaksanakan program sukuk RM2.6 bilion untuk membiayai pembangunan pusat data bina pajakan selain beberapa aset logistik dan industri.

Bank Muamalat Perkenal Kad Kredit-i Awwal Perluas Akses Pembiayaan Berhemah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i Awwal, kad kredit-i berlandaskan prinsip syariah yang menawarkan akses kepada pembiayaan secara lebih telus, mampu milik dan bertanggungjawab.

Berkat Resipi Ibu, Habsah Koci Leleh Cetus Fenomena Pikat Peminat Kuih Tradisional

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Bermula dengan hanya 200 biji tempahan awal secara kecil-kecilan di rumah sedekad lalu, perniagaan Habsah Koci Leleh kini merekodkan pencapaian luar biasa apabila menerima permintaan sehingga 8,000 biji kuih sehari.

Petronas Perjelas Peranan Dalam Litar Antarabangsa Sepang, Jualan Tiket F1

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menjelaskan walaupun syarikat berkenaan memegang hak penamaan Litar Antarabangsa Sepang, litar berkenaan sebaliknya dimiliki oleh Sepang International Circuit Sdn Bhd iaitu syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

F1 Kembali Ke Sepang, Hidupkan Semula Nostalgia Dunia Perlumbaan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Walaupun perlumbaan Formula Satu (F1) hanya akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, keterujaan terhadap kemunculan semula Malaysia dalam kalendar perlumbaan itu sudah mula dirasai di platform media sosial.

Kepulangan Semula F1 Ke Litar Sepang Berpotensi Rancakkan Ekonomi Malaysia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Malaysia pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negara menerusi sektor pelancongan serta industri berkaitan.

Keputusan Mengenai Perlumbaan F1 Terletak Di Bawah Bidang Kuasa KBS - Petronas

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memaklumkan bahawa keputusan sama ada Malaysia akan menjadi tuan rumah semula perlumbaan Formula Satu (F1) terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pihak berkuasa berkaitan.