BERITA TERKINI   Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan merangka strategi jangka panjang bagi mengembangkan ekonomi negara tanpa meningkatkan import - Johari | Pemulihan gangguan aplikasi TuJu disasarkan selesai selewat-lewatnya pada 6 Nov - TuJu | TuJu mohon maaf kepada pengguna yang alami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu | Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | 

Terdapat 945 berita berdasarkan kata kunci carian "sara"

Genting Peruntuk RM280 Juta Daripada Terbitan Hak Untuk Bayar Faedah, Kos Pembiayaan

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Genting Bhd memperuntukkan sebanyak RM280 juta daripada cadangan terbitan hak boleh lepas hak bernilai RM1.25 bilion untuk membayar faedah dan kos berkaitan pembiayaan lain bagi pinjaman dan pengaturan pembiayaan kumpulan itu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Eksport Kukuh, Harga Tenaga Tinggi 

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan peningkatan untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong permintaan eksport yang lebih kukuh pada Oktober.

SAIC Motor Malaysia Lancar SUV Pemasangan Tempatan MG ZS Bulan Ini Bermula Dari RM105,000

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd (SAIC Motor Malaysia) merancang untuk memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pemasangan tempatan (CKD) MG ZS untuk pasaran Malaysia menjelang akhir Oktober, yang melibatkan dua varian iaitu MG ZS 1.5 Turbo dan MG ZS Hibrid+.

Peluasan FBM KLCI Beri Gambaran Ekonomi Malaysia Lebih Tepat - AHAM Capital

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peluasan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) daripada 30 kepada 50 konstituen dijangka memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai ekonomi domestik Malaysia.

Syor Salur Modal Menerusi PTFC, Perkukuh Disiplin Fiskal Antara Isu Bahas Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan beberapa saranan diketengahkan, termasuk berkaitan peruntukan dana teknologi dan semikonduktor selain usaha memperkukuh disiplin fiskal negara.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Usahawan Muda Selangor Digesa Kembangkan Perniagaan Ke Pasaran ASEAN - Tengku Amir Shah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Usahawan muda di Selangor perlu melihat melangkaui pasaran domestik dan menjadikan bandar-bandar ASEAN seperti Jakarta, Bangkok, Manila dan Ho Chi Minh City sebagai destinasi semula jadi untuk mengembangkan perniagaan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Disokong Peningkatan Minat Risiko

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila penerimaan minat risiko pelabur bertambah baik menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) dengan sentimen disokong oleh pembentangan Belanjawan 2027 pada minggu lepas.

STS 2026 Sasar Peningkatan Pelaburan 30 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor Techsphere Summit 2026 (STS 2026) menyasarkan peningkatan pelaburan tahunan sebanyak 30 peratus berbanding 2025, selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab teknologi dan bakat utama di Asia Tenggara.

Selangor Tarik Pelaburan Berpotensi Lebih RM3 Bilion Daripada Empat Pelabur Asing

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selangor menarik minat pelaburan berpotensi bernilai lebih RM3 bilion daripada empat pelabur asing menerusi surat hasrat (LOI) yang diselaraskan oleh UOB Malaysia kepada Invest Selangor, mencerminkan minat kukuh pelabur untuk meneroka peluang perniagaan dan pertumbuhan di negeri itu.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Empat Hari Berturut-turut, Belian Harga Rendah Berterusan

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Indeks Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari keempat berturut-turut apabila ditutup tinggi pada Rabu, didorong aktiviti pembelian saham ketika harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan, dengan pasaran kekal dalam wilayah positif sepanjang sesi dagangan.

MCE Raih Kontrak RM23.29 Juta Bekal Komponen Elektronik Automotif Kepada Firma AS

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd, unit MCE Holdings Bhd, berjaya memperoleh kontrak bernilai RM23.29 juta daripada pembekal komponen automotif berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).