22hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan mempengaruhi penanda aras itu walaupun sentimen di seluruh pasaran kekal positif.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.
22hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah penanda aras yang lebih kukuh serta penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tradisional seperti kaunter perbankan, pengguna dan perladangan.
23hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh anggaran awal yang lebih baik daripada jangkaan, menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang lebih cepat pada suku kedua 2026.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif yang sederhana dalam julat 1,720 hingga 1,750, kata penganalisis.
25hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dalam dagangan jajaran kecil berikutan ketiadaan pemangkin pasaran baharu, kata seorang peniaga.
25hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong aliran masuk dana asing yang berterusan dan asas makroekonomi domestik yang semakin mengukuh.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung walaupun peningkatan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas ia menjejaki niaga hadapan getah serantau dan jangkaan berterusan bekalan getah asli yang mencukupi daripada pengeluar utama, Thailand pada musim menoreh puncak, kata seorang peniaga.
25hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan minggu ini berikutan perkembangan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat.