6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berdepan risiko luaran pada 2027 terutama ketidaktentuan geopolitik, dasar perlindungan perdagangan Amerika Syarikat (AS) serta kadar faedah yang tinggi di negara-negara maju, kata pakar ekonomi.
6hari ago
GEORGE TOWN, 8 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM18.2 bilion dalam sektor pembuatan dari Amerika Syarikat (AS) antara 2020 dan separuh pertama 2026, menyumbang 38 peratus daripada jumlah pelaburan AS dalam sektor pembuatan Malaysia.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Syarikat infrastruktur dan pembinaan Advancecon Holdings Bhd telah bekerjasama dengan ACEN C&I MY Holdings Sdn Bhd untuk menyediakan opsyen tenaga bersih kepada penyewa Silver Valley Technology Park (SVTP) di Ipoh, Perak.
7hari ago
ISKANDAR PUTERI, 8 Okt (Bernama) -- Pelabuhan-pelabuhan di Malaysia perlu mempercepat usaha penyahkarbonan bagi memenuhi keperluan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk mencapai pelepasan sifar bersih karbon menjelang 2050, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Tuntutan cukai tambahan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak menyebabkan kos tersebut dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif elektrik, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang memuktamadkan cadangan penggubalan Akta Badan Berkanun dan Entiti Kawalan (Tadbir Urus Kewangan) bagi memperkukuh tadbir urus syarikat milik kerajaan.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari ini, menjejaki kerugian di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia (AMEC) menyeru kerajaan supaya mengiktiraf industri kurier sebagai infrastruktur penting kepada ekonomi digital dan ketahanan negara serta menyokong pembangunan berterusannya melalui Belanjawan 2027.
7hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah pasaran serantau meskipun kenaikan di Wall Street, apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi serta peningkatan semula harga minyak mentah telah menjejaskan sentimen pasaran.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Northern Solar Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM34 juta bagi pembangunan loji fotovoltaik solar berskala besar berkapasiti 9.50-megawatt (MW).
7hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, sejajar dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan bekalan getah yang lebih terhad.
7hari ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Umios Corporation, antara syarikat perikanan dan makanan terbesar di dunia, berhasrat mengembangkan operasinya di Malaysia menerusi pelaburan baharu yang akan melonjakkan perniagaan dalam segmen makanan untuk manusia serta haiwan peliharaan.