Terdapat 808 berita berdasarkan kata kunci carian " is"

Mercedes-Benz Malaysia Perkenal Model Baharu CLA 200 AMG Line, GLC 300 4MATIC Elektrik 

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 14 Sept (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia pada Isnin memperkenalkan model serba baharu Mercedes-Benz CLA 200 AMG Line untuk pasaran Malaysia yang akan melibatkan pemasangan tempatan di Pekan, Pahang.

Harga Minyak Lonjak Melebihi US$108, Ketegangan Asia Barat Cetus Kebimbangan Bekalan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Harga minyak terus melonjak, meningkat lebih tiga peratus kepada US$108 setong pada Isnin berikutan serangan terbaharu pada hujung minggu terhadap infrastruktur tenaga Arab Saudi yang menyebabkan saluran paip minyak East-West ditutup sementara.

Lagu Kishore Kumar Versi Anwar Curi Tumpuan Lawatan Ke India, Seiring Pengukuhan Hubungan Diplomatik, Pelaburan 

Daripada M.Saraswathi dan R.Ratcharathan

NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) --  Aksi spontan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang melantunkan lagu klasik Kishore Kumar, "Khwab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat", mungkin telah menambat hati ramai masyarakat di India dan tular di media sosial negara itu.

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

Tunku Kamariah Letak Jawatan Sebagai Timbalan Pengerusi Techna-X

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Techna-X Bhd memaklumkan Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar meletak jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin sejajar dengan pasaran tunai pendasar. 

Farm Price Pindah Penyenaraian Dari Pasaran ACE Ke Pasaran Utama Pada 9 Sept

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Farm Price Holdings Bhd akan memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE Bursa Malaysia ke Pasaran Utama menjelang 9 Sept 2026.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Susut Daripada Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dan ASEAN ketika ditutup pada Isnin, namun susut berbanding dolar AS.

Pindaan Kanun Tanah Negara Buka Potensi Tanah Wakaf bernilai Berbilion Ringgit Bagi Projek Perumahan 

JOHOR BAHRU, 14 Sept (Bernama) -- Tanah wakaf bernilai berbilion ringgit yang kurang dimanfaatkan di Malaysia boleh dibangunkan sebagai perumahan mampu milik sekiranya rangka kerja perundangan yang jelas diwujudkan bagi membolehkan pembangunan jangka panjang tanpa memindahkan hak milik tanah itu, menurut pengamal hartanah Datuk Idzham Mohd Hashim.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi lebih lemah niaga hadapan getah serantau dengan niaga hadapan getah Jepun melanjutkan kerugian bagi sesi keempat berturut-turut, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan prestasi kurang menggalakkan pada minggu lepas sejajar dengan trend serantau yang lemah, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin.