28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini, seiring dengan kelemahan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) susulan permintaan yang masih sederhana.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Berjaya Property Bhd (BProperty) berhasrat untuk menyertai projek Koridor Maritim Perlis (PMC) dengan melanggan 29 peratus kepentingan ekuiti dalam Manjaran Sdn Bhd (Manjaran) bernilai RM58 juta.
28hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan Isnin dengan indeks petunjuk utama mengatasi penurunan awal selepas melantun daripada paras terendah intra harian di tengah-tengah aktiviti jualan ketara pada sesi pagi.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SRKK AI Bhd bagi bahagian awam terlebih langgan sebanyak 312.3 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai 2026.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Silver Ridge Holdings Bhd (SRHB) memaklumkan bahawa syarikat itu tidak mengetahui sebarang perkembangan korporat, khabar angin atau faktor lain yang tidak didedahkan yang boleh menjelaskan mengenai penurunan mendadak harga sahamnya, berikutan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Silver Ridge Holdings Bhd (Silver Ridge) berikutan penurunan mendadak harga sahamnya baru-baru ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih berturut-turut untuk minggu ke-11 di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM191.6 juta minggu lepas.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan penurunan kadar asas pasaran tunai.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya mencatatkan penurunan, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang meningkat.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan prestasi dagangan yang tinggi minggu depan apabila pelabur terus mengalihkan pelaburan daripada saham teknologi pertumbuhan tinggi kepada saham mewah dan sektor defensif berikutan persekitaran pasaran global yang lebih waspada.
1bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan, terkesan oleh harga minyak mentah lebih rendah dan stok minyak sawit yang banyak.