2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat pada kadar yang lebih perlahan kepada 1.9 peratus pada Jun 2026 berbanding dua peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan di Asia Pasifik mencatatkan keuntungan bersih gabungan sebanyak US$12.1 bilion (US$1=RM4.07) pada tahun 2025, didorong oleh permintaan penumpang dan kargo yang kukuh, manakala harga bahan api yang lebih rendah membantu mengimbangi tekanan kos yang berpunca daripada gangguan rantaian bekalan yang berterusan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Susulan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) membabitkan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, sebanyak 4.05 juta liter petrol telah dijimatkan sekali gus menghasilkan penjimatan perbelanjaan subsidi berjumlah RM7.31 juta setakat 14 Julai 2026.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis, didorong pembelian menyeluruh merentas pelbagai sektor.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 16 Julai (Bernama) -- Kajian mendapati perbelanjaan pengguna dalam kalangan rakyat Singapura di Johor Bahru diunjurkan meningkat sebanyak S$1.05 bilion (S$1=RM3.15) setahun susulan pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sisa dijana kapal di Pelabuhan Pulau Pinang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyeru seluruh rakyat dan peniaga supaya tidak leka atau mengambil mudah kesan ekonomi dan rantaian bekalan susulan Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji keperluan dan strategi untuk mewujudkan stok simpanan petroleum negara bagi menjamin keterjaminan tenaga serta memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan krisis bekalan global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan produk dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.8 hingga 5.0 peratus daripada 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata seorang ahli ekonomi.