1bulan ago
KUALA LIMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan rangka kerja keselamatan ekonomi bagi memperkukuh daya tahan negara dalam menghadapi krisis pada masa depan, kata Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Rangka kerja penyeliaan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu lebih bersifat kolaboratif dan perundingan dengan industri kewangan, termasuk penggunaan sandbox pengawalseliaan yang lebih meluas, kata bekas Timbalan Gabenor BNM Datuk Ooi Sang Kuang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kejayaan terbitan sukuk global Malaysia bernilai US$1.5 bilion minggu lepas menunjukkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonominya, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Menara Merdeka 118 dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank, mencerminkan kehadiran kumpulan itu di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i Awwal, kad kredit-i berlandaskan prinsip syariah yang menawarkan akses kepada pembiayaan secara lebih telus, mampu milik dan bertanggungjawab.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) -- PGF Capital Bhd, pengeluar bahan penebat terkemuka Asia Tenggara yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, mencatat peningkatan untung bersih sebanyak 18.3 peratus tahun ke tahun kepada RM8.9 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2027 berakhir 31 Mei, 2026, berbanding RM7.5 juta pada suku sama tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SNS Network Technology Bhd, SNS Network (M) Sdn Bhd meraih perjanjian jualan bernilai US$298.65 juta (RM1.21 bilion) untuk membekalkan pelayan kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi kepada syarikat hiburan digital global beribu pejabat di Singapura.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- OCBC Malaysia telah bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk mewujudkan kemudahan jaminan sebanyak RM1.3 bilion, bertujuan meningkatkan akses pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 27 Julai (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus bagi 2026 berbanding unjuran awal 4.6 peratus, didorong permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari, mencerminkan prestasi serantau yang positif.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya memperoleh 416 acara perniagaan yang diadakan bermula 2026 sehingga 2030, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM3.98 bilion setakat 30 Jun 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.