Terdapat 456 berita berdasarkan kata kunci carian " ai"

Malaysia Airlines Enggan Ulas Dakwaan Kes Dadah Libat Juruterbang, Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Indonesia

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines enggan mengulas mengenai penahanan seorang juruterbangnya oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah, namun menegaskan syarikat penerbangan itu memandang serius dakwaan sedemikian.

Riyadh Air Mula Penerbangan Terus Ke Kuala Lumpur, Pintu Masuk Pertama Ke Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air melancarkan penerbangan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur, menjadikan ibu negara Malaysia itu sebagai pintu masuk pertamanya ke Asia Tenggara. 

PAAB Lengkapkan Terbitan Sukuk Biru RM720 Juta Bagi Infrastruktur Air

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) melengkapkan penerbitan sukuk biru berjumlah RM720 juta menerusi Pengurusan Air SPV Bhd di bawah Program Kertas Komersial Islam RM2 bilion sedia ada. 

Riyadh Air Melihat Permintaan Kukuh Bagi Laluan Kuala Lumpur, Sasar Penerbangan Harian

SEPANG, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara susulan permintaan perjalanan yang kukuh di antara Malaysia dengan Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Komersialnya Vincent Coste.

ITMAX Peroleh Kontrak Sistem Lampu Jalan Pintar Bernilai RM120 Juta Daripada DBKL

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- ITMAX System Bhd memperoleh kontrak bernilai RM120 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem lampu jalan pintar di seluruh ibu kota.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Kukuh Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Jumaat, disokong aktiviti belian susulan prestasi kukuh kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.

AICB, Akademi ICC Lancar Program Kelayakan Profesional CTFP Bagi Perkasa Bakat Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Institut Bank-Bank Bertauliah Asia (AICB) dengan kerjasama Akademi Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC) secara rasminya melancarkan program Profesional Pembiayaan Perdagangan Bertauliah (CTFP) di Malaysia.

F1 GP Bahrain Dijangka Pacu Sektor Pelancongan Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia dijangka melonjak ketara dengan kehadiran peminat Formula Satu (F1) dari seluruh dunia untuk menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Gulf Air Bahrain (GP Bahrain), yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini.

Program Grid Tenaga ASEAN Kini Amat Progresif, PETRA Pantau Projek Sambung Tara Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Program integrasi tenaga Grid Tenaga ASEAN (APG) kini dinilai berada pada tahap yang amat progresif apabila telah beralih ke fasa pengoperasian bagi pelaksanaan perdagangan tenaga rentas sempadan secara multilateral, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, disokong oleh minat belian berterusan berikutan ketegangan geopolitik terbaharu.

Muiz Hot Chicken Sasar Buka Cawangan Di Luar Negara 

Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

MUAR, 30 Julai (Bernama) -- Bermula daripada kiosk tepi jalan dengan meraih untung RM20 sehari pada hari pertama berniaga, detik sukar itu menjadi pemangkin kejayaan pengasas Muiz Hot Chicken untuk membangunkan perniagaan yang kini memiliki lebih 180 kiosk dan lima cawangan restoran dengan jumlah jualan mencecah sekitar RM45 juta pada 2025.