2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar baharu yang menawarkan kadar keuntungan bagi transaksi runcit sebanyak 14 peratus setahun.
2bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BANDUNG, 10 Julai (Bernama) -- Selangor menyasarkan kerja pecah tanah bagi cadangan terminal pelabuhan ketiga di Pulau Carey dapat dimulakan seawal September ini, tertakluk kepada kelulusan lesen pelabuhan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT), ketika kerajaan negeri sedang memuktamadkan pemilihan bakal pengendali terminal berkenaan.
2bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BANDUNG, 10 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) berhasrat melihat industri semikonduktor Malaysia dan Indonesia berkembang lebih pesat, termasuk muncul sebagai pengeluar utama litar bersepadu (IC), kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Saipolyazan M. Yusop.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Hartanah Kenyalang Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM283.9 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kemunculan sistem berejen autonomi yang dipacu kecerdasan buatan (AI) berpotensi memberi kesan yang lebih besar kepada sistem kewangan apabila digabungkan dengan wang digital seperti stablecoin, deposit bertoken atau token deposit.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berganding bahu menganjurkan Sesi Kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk vendor automotif tempatan.
2bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
BANDUNG, 9 Julai (Bernama) -- Selangor berhasrat memperkukuh hubungan perdagangan serta pelaburan dengan Jawa Barat, Indonesia menerusi kerjasama dalam beberapa sektor berpotensi tinggi yang dijangka memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) memperluas rangkaiannya di China dengan melancarkan perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Shenzhen dan Changsha, sekali gus menjadikan jumlah destinasi penerbangan syarikat itu ke China kepada sembilan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia sedang mengatur kedudukannya secara strategik untuk memperkukuh penerajuan dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Thailand yakin sasaran dagangan dua hala dengan Malaysia yang bernilai US$30 bilion (US$1=RM4.073), dapat dicapai menjelang tahun depan, kata Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bank-bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) di Malaysia sedang aktif menggunakan kecerdasan buatan (AI) namun kebanyakannya masih mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan terutamanya bagi perniagaan yang berimpak tinggi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) sebanyak 20 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu menjelang 2030, kemudian naik kepada 50 peratus pada 2040 dan 80 peratus pada 2050.