BERITA TERKINI   Jualan Ehsan Rahmah dalam talian akan diadakan pada 9 Sept sempena sambutan Hari Malaysia 2026 - PM Anwar | Kerajaan akan mempercepat penggubalan RUU e-dagang, perkemas peraturan dan melindungi peniaga serta pengguna - PM Anwar | Pemandu 'Black Maria' JIM mengaku tidak bersalah sebabkan kematian tiga beranak semalam | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion pada Julai daripada RM265.7 bilion tahun sebelumnya - DOSM | Penambahbaikan kawalan keselamatan di KLIA, pintu masuk antarabangsa libatkan pembangunan teknologi, transformasi sistem - KDN & MOT | 

Terdapat 446 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan"

MARC Ratings Semak Naik Unjuran KDNK 2026 Malaysia Kepada 5.1 Peratus

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 kepada 5.1 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini.

EFishery: Tiada Tolak Ansur Jika Wujud Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malakoff Manfaatkan Inovasi Perkukuh Keselamatan Tenaga, Kurangkan Pelepasan Karbon

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Keselamatan tenaga kekal menjadi teras dalam peralihan Malaysia menuju masa depan rendah karbon, dengan inovasi memainkan peranan penting bagi memastikan bekalan elektrik yang dipercayai dan mampan untuk isi rumah, perniagaan dan industri.

Rizab Petroleum Perlu Jadi Sebahagian Strategi Keselamatan Ekonomi Lebih Luas - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Rizab petroleum negara tidak seharusnya menjadi inisiatif tenaga yang berasingan, sebaliknya merupakan antara komponen strategi keselamatan ekonomi yang lebih luas meliputi keterjaminan makanan, mineral kritikal, semikonduktor dan infrastruktur digital, kata ahli ekonomi.

Syamsul Farizz Terajui ECERDC, Pacu Agenda ECER 2030

PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Farizz Nadzeri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Fujifilm Sasar M&A, Kerjasama Bagi Perluas Perniagaan Penyelesaian Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Fujifilm Business Innovation Corp sedang mencari peluang untuk memperluas segmen penyelesaian perniagaannya di Malaysia melalui usaha niaga baharu, usaha sama serta penggabungan dan pengambilalihan (M&A) seiring dengan peningkatan pelaksanaan transformasi digital dalam kalangan perniagaan di negara ini.

KWAP Terus Teroka Semua Saluran Bagi Maksimumkan Pemulihan Pelaburan Dalam eFishery

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terus meneroka dan melaksanakan segala saluran yang bersesuaian bagi memaksimumkan usaha pemulihan pelaburannya berkaitan eFishery.

Reformasi, Dasar Kerajaan MADANI Pacu Pertumbuhan KDNK 5.8 Peratus - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Reformasi serta dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lepas telah memperkukuh asas ekonomi negara dan membolehkan Malaysia mengharungi gelora dengan lebih yakin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Pada Kedudukan Baik Terajui Pertumbuhan EV ASEAN - BMI

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuhan permintaan kenderaan elektrik (EV) di luar dua pasaran EV utama ASEAN iaitu Vietnam dan Thailand, disokong oleh asas-asas pengguna berpendapatan tinggi serta daya saing EV yang kian meningkat, menurut BMI.

AI: Malaysia Perlu Bina Keupayaan Sendiri Untuk Teraju Era Digital - YTL

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Negara yang mahu menerajui bidang kecerdasan buatan (AI) perlu membangunkan keupayaan domestik merentasi keseluruhan ekosistem AI, bukannya bergantung kepada teknologi yang dibangunkan pihak lain, kata Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Datuk Seri Yeoh Seok Hong.

Kutipan Hasil Lebih Kukuh Beri Malaysia Ruang Fiskal Tangani Kejutan Luaran - AmBank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan yang lebih tinggi daripada jangkaan dalam tempoh lima bulan pertama 2026 telah mewujudkan ruang fiskal tambahan untuk menangani cabaran yang muncul termasuk kenaikan harga tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group Firdaos Rosli.

Pelabuhan Di Malaysia Akan Raih Manfaat Daripada Peralihan Rantaian Bekalan - AmBank

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pengendali pelabuhan di Malaysia bakal meraih manfaat daripada pertukaran laluan perdagangan dan peningkatan aktiviti pemindahan kapal walaupun kos logistik melonjak, kata Ketua Ahli Ekonomi AmBank (M) Bhd, Firdaos Rosli.