BERITA TERKINI   Banjir: Sebanyak 118 orang dipindahkan ke empat PPS di Penampang, Sabah pagi ini - JPBN Sabah | 

Terdapat 721 berita berdasarkan kata kunci carian " strategi"

BAIC Perkukuh Operasi Malaysia, Sasar Arcfox T1 Dilancar Akhir 2026

Daripada Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi

BEIJING, 30 Sept (Bernama) -- Beijing Automotive Group Co Ltd (BAIC Group) mempergiat persiapan untuk mengembangkan operasinya di Malaysia, dengan model Arcfox T1 disasarkan dilancarkan menjelang akhir 2026, diikuti model BJ30 pada suku pertama 2027.

Kenaikan Had Maksimum Pembiayaan LPPSA Bakal Pacu Pemilikan Rumah, Pasaran Hartanah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Peningkatan had maksimum pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kepada RM1 juta dijangka memperkukuh pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam dan menyokong permintaan dalam pasaran hartanah kediaman, kata pakar hartanah.

Gulf Air Kembali Ke KLIA Seiring Peningkatan Permintaan Bagi Perjalanan Udara - Hasbi

SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Penyambungan semula perkhidmatan Gulf Air ke Kuala Lumpur dijangka menawarkan kapasiti tambahan bagi penerbangan antarabangsa berikutan trafik penumpang udara Malaysia diunjurkan mencecah sehingga 109.7 juta tahun ini.

Kerjasama KDEBWM-Caltex Perkukuh Tatakelola, Pengurusan Logistik

SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) -- KDEB Waste Management (KDEBWM) mengambil langkah strategik bagi memperkukuh tatakelola serta meningkatkan kecekapan pengurusan logistik menerusi kerjasama dengan Chevron Malaysia Limited (Caltex).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Kenaikan Hasil Sebenar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terjejas akibat kenaikan hasil sebenar Amerika Syarikat (AS) serta tekanan jualan menjelang penerbitan data ekonomi utama AS pada minggu ini.

MIDA, MINTRED Lancar Program Rantaian Bekalan Bagi Perkasa Hubungan Firma Tempatan, Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan Program Rantaian Bekalan dan Penyumberan Global Sarawak bagi memperkukuh hubungan industri, membangunkan perusahaan tempatan serta meningkatkan penyertaan Sarawak dalam rantaian bekalan serantau dan global. 

Sambungan ECRL, Terusan Pinglu Perkukuh Koridor Darat-laut Serantau

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Cadangan melanjutkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan, akan membuka peluang baharu kepada Malaysia untuk memperkukuh kesalinghubungan serantau, terutama susulan pembukaan Terusan Pinglu di China, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Semua Kelulusan Lesen Bunkering, Permit Dikendalikan MOT Mulai 1 Feb 2027 - Loke

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjadi agensi peneraju tunggal bagi meluluskan lesen bunkering dan permit berkaitan mulai 1 Feb, 2027, kata menterinya  Anthony Loke Siew Fook.

MOT Mohon Insentif Cukai Bagi Galakkan Pembinaan, Pembaikan Kapal Tempatan

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan (MOT) mencadangkan insentif cukai diperuntukkan menerusi Belanjawan 2027 bagi menggalakkan lebih banyak kapal Malaysia dibina dan dibaik pulih dalam negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Belanjawan 2027: Perak Mohon Peruntukan Khusus Projek Pemindahan Air Ke Tasik Bukit Merah

IPOH, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri berharap menerusi Belanjawan 2027, peruntukan bagi projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah diluluskan dan dapat dilaksanakan tahun depan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Hasil Sebenar AS Yang Lebih Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki penurunan mendadak harga emas global susulan hasil sebenar Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi menekan logam berharga itu.

Ayer Holdings Cadang Peroleh Dua Lot Tanah Di Kuchai Lama Bernilai RM138 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Ayer Holdings Bhd, Kuchai Urban Development Sdn Bhd, bercadang memperoleh dua lot tanah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur daripada Bukit Cemerlang Sdn Bhd pada harga RM138 juta.