BERITA TERKINI   PRN Melaka bukan medan caci maki, gunakan ruang terangkan pencapaian, kejayaan kerajaan MADANI - PM Anwar | Empat maut termasuk bayi dan kanak-kanak perempuan lima tahun dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM 107 Lebuhraya PLUS, berhampiran Pagoh petang tadi - Bomba | PH bertanding 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 - Anwar | ASA 2026: Kemenangan Bernama menerusi dua kategori radio dan satu kategori TV bukti keupayaan hasilkan kandungan berkualiti - Nur-ul Afida | PRN Melaka: Ab Rauf, Akmal Saleh, Mohd Noor Helmy kekal bertanding di DUN masing-masing | 

Terdapat 42 berita berdasarkan kata kunci carian " kereta"

Mercedes-AMG Petronas Tuntut Kelonggaran Had Siling Perbelanjaan Demi Pacu Kelestarian F1

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas bekerjasama dengan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Formula One Management (FOM) bagi menuntut kelonggaran peraturan had siling perbelanjaan sukan itu untuk penggunaan teknologi lestari tanpa menjejaskan daya saing di litar.

Hasrat Malaysia Anjur Kembali F1 Perlukan Lebih Daripada Sekadar Mengisi Slot Perlumbaan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pada hari sesi kelayakan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Singapura 9 Okt lepas, penulis menaiki MRT dari Nicoll Highway ke Promenade menghala ke Gate 2,  menuju ke kawasan paddock sokongan siri perlumbaan GT Porsche ARbox Carrera Cup Asia untuk bertemu dengan pemandu Malaysia Naquib Azlan.

Sambungan Jajaran ECRL, Laluan KTM, Kemudahan Sempadan Perlu Dirancang Sebagai Satu Sistem -- Mitrans

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, iaitu sambungan rel KTM ke Thailand dan kemudahan sempadan yang berkaitan mesti dirancang sebagai satu sistem bagi memperkukuh kesalinghubungan rentas sempadan serta memudahkan perdagangan antara Malaysia dengan Thailand. 

Modenas Sasar Mesir Sebagai Hab Eksport Ke Afrika, Timur Tengah Menjelang 2028

PUTRAJAYA, 11 Okt (Bernama) -- Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) sedang meneroka peluang menembusi pasaran Mesir menjelang akhir 2027 atau 2028, dengan merancang menjadikan negara itu sebagai hab eksport strategik untuk motosikal keluarannya ke seluruh Afrika dan Timur Tengah.

Grab Sasar Tingkatkan Pendapatan Pekerja Gig Tanpa Jejaskan Tambang

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Grab menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan pemandu e-hailing dan rakan penghantaran p-hailing mulai tahun ini (2027) tanpa menjejaskan tambang penumpang, di bawah cadangan rangka kerja pendapatan minimum.

Airwallex Mahu Gandakan Jumlah Tenaga Kerja Di Malaysia, Perkukuh Kedudukan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Firma teknologi kewangan global, Airwallex berhasrat menggandakan bilangan tenaga kerjanya di Malaysia pada tahun ini sejajar dengan langkah memperkukuh kedudukan di peringkat tempatan, dipacu oleh jumlah transaksi rentas sempadan yang meningkat.

Ulang Tahun Ke-23, Eco-Shop Tawar Hadiah RM250,000 Menerusi Kempen Beli Dan Menang

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Eco-Shop Malaysia Berhad (Eco-Shop) menganjurkan kempen beli dan menang di seluruh negara bermula 5 Okt hingga 29 Nov, dengan tawaran pelbagai hadiah bernilai RM250,000 sempena sambutan ulang tahun ke-23 syarikat itu.

Belanjawan 2027 Diharap Ketengah Dasar Automotif, Kerangka Pembaharuan Kenderaan - Proton

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) berharap Belanjawan 2027 akan mengetengahkan dasar automotif jangka panjang yang melibatkan keterangkuman teknologi bagi menyokong peralihan industri ke arah kenderaan elektrifikasi (xEV).

IPO: RedPlanet Sasar Kumpul Dana RM13.3 Juta, Beralih Ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- RedPlanet Bhd menyasarkan untuk mengumpul dana berjumlah RM13.3 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang peralihan penyenaraian ke Pasaran ACE daripada Pasaan LEAP Bursa Malaysia pada 22 Oktober ini.

Rangkaian Rel, Tenaga Boleh Baharu Bantu Malaysia Tangani Kejutan Minyak Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembinaan rangkaian rel yang komprehensif dan meningkatkan kapasiti boleh baharu dalam skala utiliti boleh menjadi penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan pendedahan Malaysia kepada kejutan tenaga luar, menurut Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Belanjawan 2027: MITRANS Gesa Pengangkutan Awam Yang Boleh Diramal

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar kebolehramalan pengangkutan awam seharusnya menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027, iaitu dengan memberikan lebih perhatian terhadap usaha mengukuhkan perkhidmatan sedia ada, berbanding memberi tumpuan kepada projek besar yang baharu. 

KLIA Kekal Di Tempat Keempat Dalam Indeks OAG, Hab Mega Asia Pasifik Paling Tersambung

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang antarabangsa keempat paling bersambung di dunia sambil terus menjadi hab mega paling bersambung di Asia-Pasifik.