Terdapat 213 berita berdasarkan kata kunci carian " lima"

FBM KLCI Meningkat Ketika Akhiri Dagangan Pagi Walaupun Pasaran Meluas Lemah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi walaupun prestasi pasaran secara meluas adalah lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sebelum Kembali Meningkat

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat sedikit dalam dagangan awal pada Selasa walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya lebih perlahan.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saham Perbankan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penyusutan dan ditutup di bawah paras sokongan 1,600 pada hari ini ketika jualan ketara pelabur asing memberi tekanan terhadap saham wajaran tinggi sektor perbankan, kata penganalisis.

KL20: Pelaburan Syarikat Pemula Cecah RM202.64 Bilion Sejak 2024 – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pelaburan dalam syarikat pemula sejak pelancaran inisiatif KL20 pada 2024 berjumlah kira-kira RM50 bilion, dengan pulangan pelaburan dilaporkan mencecah RM202.64 bilion, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MAHB Pergiat Penyahkarbonan, Sasar Pelepasan Sifar Bersih GHG Menjelang 2040

SEPANG, 19 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang meningkatkan usaha penyahkarbonan operasi dan menyasarkan sifar pelepasan sifar bersih gas rumah hijau (GHG) bagi Skop 1 dan 2 dapat dicapai menjelang 2040.

DNB Muktamadkan Pembiayaan Berjangka Islam Bersindiket RM5.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) berjaya memuktamadkan kemudahan pembiayaan berjangka Islam bersindiket berjumlah RM5.2 bilion. 

Pendedahan Kewangan Kerajaan Terhadap DNB Kini Sifar, Tiada Lagi Bantuan Seterusnya - Fahmi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashed

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) – Pendedahan kewangan kerajaan terhadap Digital Nasional Bhd (DNB) telah berkurangan kepada sifar susulan penyempurnaan kemudahan pembiayaannya yang bernilai RM5.2 bilion, dengan syarikat itu dijangka membiayai diri sendiri sepenuhnya pada masa hadapan.

Malaysia Perlu Perkasa Pedagang Tempatan Tembus Pasaran Petroleum Global

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu membangunkan lebih ramai pedagang petroleum tempatan serta memperkukuh akses kepada pembiayaan perdagangan bagi merealisasikan aspirasi negara sebagai hab perdagangan petroleum serantau. 

Firma Robotik, Kenderaan Autonomi Memeterai Empat Kerjasama Perintis Di Selangor

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Firma robotik dan kenderaan autonomi telah menandatangani empat kerjasama dengan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital (Sidec) Selangor untuk menubuhkan dan menjalankan projek perintis di negeri ini.

Marrybrown Sasar Buka 30 Cawangan Baharu Di Malaysia Tahun Hadapan

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 17 Okt (Bernama) -- Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan segera.

Malaysia Jadikan Kepastian Dasar, Daya Tahan Ekonomi Untuk Tarik Pelaburan – Amir Hamzah

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh persekitaran perniagaan, kepastian dasar dan daya tahan ekonomi bagi menarik pelaburan jangka panjang, dengan jumlah pelaburan langsung asing dan domestik mencatat paras tertinggi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malaysia Manfaatkan Bakat, Kepelbagaian Untuk Syarikat Digital Tembus Pasaran Global - Wilson

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu lebih banyak syarikat kreatif digital tempatan membangunkan harta intelek (IP) sendiri, membina francais yang berjaya dan menembusi pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.