2hari ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen
JOHOR BAHRU, 10 Okt (Bernama) -- Penetapan pengoperasian projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura kepada Februari 2027, tidak memberikan kesan secara langsung terhadap daya tarikan pelaburan di negeri ini khususnya di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Inisiatif cukai bersasar dalam Belanjawan 2027 dijangka menyokong daya saing perniagaan, menggalakkan pelaburan domestik serta memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia di tengah-tengah peningkatan kos operasi dan ketidaktentuan global, kata pakar cukai.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Mekanisme cukai dalam Belanjawan 2027 memberi sokongan lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, menurut Institut Akauntan Malaysia (MIA).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk menggerakkan modal merangkumi pasaran swasta, sektor strategik dan pasaran modal domestik, tertakluk kepada proses pelaburannya, pertimbangan risiko dan pulangan serta keadaan pasaran semasa.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 mata pada minggu depan, dengan kecenderungan meningkat dalam dagangan berhati-hati didorong oleh pembelian saham mewah terpilih.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik pengumuman pengurangan cukai pendapatan korporat sebanyak satu peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di dalam Belanjawan 2027.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk Kemudahan Bantuan Penstabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME SRF) dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 9,000 lagi PKS, termasuk perusahaan mikro, dengan menyediakan akses kepada modal kerja mampu milik.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengumuman peningkatan nilai perolehan Kerajaan yang dikhususkan kepada kontraktor bumiputera G1 hingga G4 merupakan langkah penting dalam memperluas peluang penyertaan syarikat bumiputera dalam rantaian nilai ekonomi negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 akan membolehkan syarikat-syarikat Malaysia membina keupayaan, meluaskan jangkauan pasaran mereka serta merebut peluang yang lebih besar, kata Bursa Malaysia Bhd.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah utama yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dijangka memperkukuh usaha Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memacu pertumbuhan ekonomi melalui pembentukan dan penggemblengan modal yang cekap.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Inisiatif berkaitan semikonduktor dalam Belanjawan 2027 boleh membantu Malaysia melonjak dalam rantaian nilai semikonduktor global melalui pengukuhan inovasi, penciptaan harta intelek (IP) dan pembangunan teknologi bernilai tinggi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama)-- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tahun hadapan bagi membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagai pasaran luar.