Terdapat 308 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek"

Malaysia Dijangka Catat Pertumbuhan Tahunan 4.3 Peratus Bagi Tempoh 2026-2035 - Laporan

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan purata tahunan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.3 peratus bagi tempoh 2026 hingga 2035, menurut laporan bertajuk “From Tailwinds to Trade-Offs: Southeast Asia Outlook 2026-2035” yang dikeluarkan hari ini.

Hubungan Dua Hala, Kerjasama China-Malaysia Semakin Kukuh

GEORGE TOWN, 15 Sept (Bernama) -- Prospek kerjasama dan pembangunan antara China-Malaysia semakin meningkat berbanding sebelum ini, susulan pengukuhan hubungan dua hala kedua-dua negara, kata Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Zhou Youbin.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, dibebani oleh prestasi niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, kata seorang peniaga. 

Butterfield FB Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Dibuka Lima Sen Di Bawah Harga IPO

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Butterfield FB Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dibuka lima sen di bawah harga tawaran awam permulaannya (IPO).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kenaikan Harga Minyak, Ketidaktentuan Berkaitan AI

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Isnin, dipengaruhi kenaikan harga minyak mentah dan hasil bon Amerika Syarikat (AS), selain ketidaktentuan susulan pertikaian berkaitan pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Yes Group Dapat Kelulusan Bursa Malaysia Bagi Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian insentif pelancongan disesuaikan Yes Group Management Bhd (Yes Group) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk penyenaraiannya di Pasaran ACE. 

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi lebih lemah niaga hadapan getah serantau dengan niaga hadapan getah Jepun melanjutkan kerugian bagi sesi keempat berturut-turut, kata seorang peniaga.

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bernilai RM37.82 Juta Daripada Persada Mentari

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan bernilai RM37.82 juta daripada Persada Mentari Sdn Bhd.

United Asiapac Energy Sasar Perluas Perkhidmatan Intervensi Telaga Minyak, Gas

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas (O&G) yang berpangkalan di Sarawak, United Asiapac Energy Bhd berhasrat memperluas lagi perniagaan perkhidmatan intervensi telaga minyak dan gas di Malaysia Timur susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.

AWL Komited Import Minyak Sawit Dari Malaysia, Teroka Peluang Eksport Barangan Pengguna Berjenama

Daripada Saraswathi Muniappan

NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- AWL Agri Business Ltd komited untuk terus mendapatkan sebahagian besar bekalan minyak sawitnya dari Malaysia dan sedang meneroka peluang untuk memperluas eksport barangan pengguna berjenama ke pasaran negara.

Top Glove Unjur Pendapatan Tahun Kewangan 2026 Lebih Baik Susulan Permintaan Kukuh

CYBERJAYA, 12 Sept (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan prestasi pendapatan yang lebih baik bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026 disokong oleh permintaan sarung tangan global yang kekal kukuh serta harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi.