Terdapat 151 berita berdasarkan kata kunci carian "global"

Peletakan Jawatan Gibran: Indonesia Berdepan Tekanan Baharu Bagi Kekalkan Keyakinan Pelabur - Penganalisis

JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- Indonesia berdepan tekanan baharu untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi susulan peletakan jawatan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka, dengan kredibiliti penggantinya dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk sentimen pasaran.

Tekanan Jualan Meluas, Berterusan Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk sesi keempat berturut-turut, ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan yang berterusan merentasi pelbagai sektor sehingga menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Peningkatan Bekalan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis susulan peningkatan bekalan getah bermusim di Thailand serta permintaan tayar yang berkurangan di China telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga.

Malaysia Catat Pelaburan MRO Diluluskan Berjumlah RM4.16 Bilion Setakat Jun 2026 - MIDA

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pelaburan diluluskan dalam 55 projek penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Malaysia berjumlah RM4.16 bilion setakat Jun, 2026, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Eppendorf Bina Kemudahan Pertama Di Asia Tenggara Bagi Perkasa Kehadiran Serantau

BATU KAWAN, 12 Nov (Bernama) -- Syarikat peneraju dalam bidang sains hayat dari Jerman, Eppendorf SE (Eppendorf) mengukuhkan kehadirannya di Asia Pasifik dengan membina kemudahan pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara iaitu di Pulau Pinang, bertujuan mendekatkan lagi aktiviti tersebut kepada pelanggan di rantau itu. 

Pinjaman Baharu Kerajaan Biayai Pembangunan, Lunas Bon 1MDB RM13 Bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pinjaman baharu di bawah Kerajaan MADANI adalah untuk membiayai pembangunan negara, termasuk sekolah, hospital, jalan raya serta bekalan air dan elektrik. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Dagangan Awal Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen pelabur yang terus berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street semalaman.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jualan Saham Perbankan Jejaskan Sentimen

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meneruskan penurunannya dan ditutup rendah pada Rabu apabila jualan berterusan dalam saham perbankan berwajaran tinggi telah menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang penganalisis.

PMKS Perlu Tingkatkan Skala Perniagaan Dan Produktiviti, Tawarkan Gaji Tinggi - Akmal

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu meningkatkan skala perniagaan dan produktiviti bagi menjana pendapatan dan mewujudkan permintaan terhadap pekerja lebih berkemahiran dan menawarkan gaji lumayan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

OCBC Turunkan Unjuran Harga Minyak Brent 2027 Kepada US$75 Setong

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- OCBC Bank menyemak turun unjuran harga minyak mentah Brent bagi akhir 2027 kepada US$75 setong daripada US$85 setong sebelum ini, susulan jangkaan konflik di Asia Barat yang semakin reda serta peningkatan kapasiti eksport minyak di rantau Teluk.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras global, kata peniaga.

Prospek Ekonomi Malaysia Kekal Positif Pada Separuh Kedua 2026 – Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia bagi separuh kedua 2026 dijangka kekal positif dengan permintaan domestik terus disokong oleh peningkatan guna tenaga, sokongan fiskal bersasar dan aktiviti pelaburan yang berterusan, menurut Kumpulan Bank Dunia.