2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang mempelbagaikan pasaran eksport negara ke wilayah baharu dengan memberi tumpuan kepada rantau Afrika, Amerika Latin dan Asia Tengah.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan pada tengah hari Selasa walaupun terdapat sentimen positif dalam kalangan pasaran serantau.
4hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Scicom (MSC) Bhd sedang memacu pengembangan teknologi kerajaan (GovTech) pada peringkat antarabangsa, memanfaatkan model pembiayaan awam-swasta yang bertujuan membantu kerajaan sesebuah negara memodenkan keselamatan sempadan tanpa memerlukan perbelanjaan modal awal yang besar.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Walaupun inflasi Malaysia berada pada tahap sederhana, trend penurunannya tidak semestinya membawa kepada kos sara hidup yang lebih rendah kepada isi rumah, menunjukkan perbezaan antara perubahan harga barangan pengguna dengan kemampuan sebenar isi rumah untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
4hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan untuk mengurangkan impak kenaikan harga bahan api global perlu disokong oleh kerjasama orang ramai dalam menguruskan penggunaan bahan api bagi meminimumkan tekanan inflasi dan melindungi kewangan isi rumah.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- APB Resources Bhd bercadang untuk melupuskan Menara APB, sebuah bangunan pejabat 16 tingkat di Shah Alam, Selangor kepada Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIGB) pada harga tunai RM45 juta.
7hari ago
Oleh M. Saraswathi and Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan aliran penurunan pada tengah hari ini, seiring dengan penurunan di kebanyakan pasaran serantau berikutan aktiviti jualan di kaunter saham wajaran tinggi yang memberi impak kepada pasaran dalam sentimen lemah selepas kejatuhan Wall Street semalaman.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih Lotte Chemical Titan Holding Bhd meningkat kepada RM245.49 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2026 berbanding RM168.83 juta pada suku ketiga 2025.