1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperuntuk dan menyalurkan sebanyak RM20.3 bilion di dalam negara pada 2025 menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), yang melangkah ke tahun ketiganya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia berperanan penting dalam menyokong fasa pertumbuhan semikonduktor yang seterusnya ketika negara memanfaatkan kedudukan bagi merebut peluang susulan penyusunan semula rantaian bekalan sektor berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mencatat kenaikan berbanding kebanyakan mata wang utama lain dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran ekuiti Malaysia pada Julai, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM300.9 juta, dengan pembelian tertumpu dalam perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logisitk serta utiliti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar iaitu RM174.2 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM173.08 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penyedia penyelesaian industri, EcoSys (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd sebagai persediaan bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd menerusi tawaran awam permulaan (IPO).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penyertaan Malaysia di Farnborough International Airshow (FIA) 2026 telah menjana jualan eksport sebanyak RM791.54 juta (US$192.36 juta) susulan penglibatan perniagaan secara intensif selama lima hari di United Kingdom dari 20-24 Julai 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatat dagangan rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan di tengah-tengah tekanan jualan.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 6 Ogos (Bernama) -- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara mencatat satu lagi pencapaian penting apabila Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan penganugerahan Kontrak Sistem Turnkey (STC) bernilai RM3.028 bilion kepada usahasama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Theta Edge Berhad (MRCB-Theta Edge JV).
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini, disokong oleh peningkatan sentimen pasaran susulan data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan awal.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia Timur bagi penghantaran Oktober meningkat 0.4 peratus minggu ke minggu kepada US$20.4 bagi setiap sejuta unit terma British (MMBtu) setakat 3 Ogos, didorong risiko geopolitik dan cuaca panas melampau yang terus menyokong permintaan pasaran semerta (spot), menurut Rystad Energy.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki harga emas yang lebih tinggi di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.