BERITA TERKINI   Polis sahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemukan maut di dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor semalam | Remaja lelaki 16 tahun direman enam hari bantu siasatan kes bunuh pelajar perempuan di Yong Peng, Batu Pahat, Johor semalam - Polis | Kerajaan tidak akan kompromi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak sekolah - PM Anwar | PM Anwar zahir dukacita pemergian pelajar 16 tahun di sekolah Yong Peng, arah siasatan segera dan telus | Tren laluan Putrajaya alami kelewatan susulan kehilangan bekalan kuasa akibat kecurian kabel, bas perantara disediakan - Rapid KL | 

Terdapat 722 berita berdasarkan kata kunci carian " belia"

KPK, MPOB Sedia Bantu Pekebun Kecil Hadapi Kesan El Nino -- Noraini

BATU PAHAT, 30 Ogos (Bernama) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi agensi berkaitan, termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersedia membantu pekebun kecil menghadapi kesan fenomena El Nino yang dijangka membawa cuaca panas berterusan selama beberapa bulan.

Cabaran Temu Kemudahan: Pengalaman Warga Malaysia Menelusuri Ekonomi Digital Guiyang

Daripada Abdul Hamid A Rahman

GUIYANG (China), 30 Ogos (Bernama) -- Pengalaman selaku wartawan Malaysia yang ditugaskan membuat liputan mengenai ekonomi digital Guiyang ketika bulan kemerdekaan negara, mendedahkan bahawa iktibar pertama mengenai kehidupan di salah sebuah bandar teknologi di China ini bukannya di dalam makmal kecerdasan buatan (A), pusat data mahupun kenderaan autonomi.

Akses, Pendedahan Kunci Cungkil Bakat Sukan Permotoran Asia -- Jurutera

Daripada Siti Radziah Hamzah

SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Rantau Asia tidak kekurangan bakat dan berkemahiran teknikal bagi dunia Formula Satu (F1) serta industri permotoran ini secara amnya, namun kekangan akses dan laluan kerjaya tidak jelas terus menjadi penghalang utama bagi profesional yang berminat di rantau ini.

Ringgit Dijangka Terus Mendapat Sokongan Pada Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mendapat sokongan minggu depan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 3 September, dengan bank pusat diunjur mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Zetrix AI Group Nafi Tuduhan Terlibat Dengan Rasuah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Zetrix AI Group Bhd menafikan sebarang penglibatan atau kaitan dengan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan susulan khabar angin yang mengaitkan syarikat itu dengan tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap beliau hari ini.

ZICO Trust Lantik Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Lazim Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos(Bernama) -- ZICO Trust (M) Bhd melantik bekas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mazlan Lazim sebagai pengerusi berkuat kuasa 14 Ogos 2026.

Pembangunan Urban Forest Bernilai RM1 Bilion Pacu Pertumbuhan Ekonomi Perak

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Pembangunan Urban Forest bernilai kira-kira lebih RM1 bilion di Tambun di sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Perak apabila projek seluas 84 ekar itu siap dalam masa tiga tahun.

OSK Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM143.41 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- OSK Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang meningkat sedikit kepada RM143.41 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM142.00 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Transformasi AI Malaysia Wajar Utamakan Pendidikan, Penjagaan Kesihatan

GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.

Tiang Saran Kaji Semula Duti Setem Atas Perjanjian JV Tanah

SIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengkaji semula pengenaan duti setem berdasarkan nilai tanah bagi perjanjian usaha sama (JV) antara pemaju perumahan dengan pemilik tanah, memandangkan ia dibimbangi boleh meningkatkan kos pembangunan dan akhirnya menjejaskan kemampuan perumahan di Sarawak.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Menjelang Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, dengan minat belian menjelang sambutan Hari Kebangsaan berpotensi memberikan sokongan seterusnya kepada pasaran.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Selepas Kacang Soya Melemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini selepas dagangan niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Mercantile Exchange (CME) mula melemah sehingga menjejaskan sentimen pasaran.