1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia suku kedua 2026 yang lebih kukuh, sekalig gus memberi sokongan terhadap mata wang tempatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, walaupun sektor utiliti, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan menyaksikan minat belian yang tinggi susulan pengumuman pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia pada 6.0 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Prestasi negara mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global mencabar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hextar Global Bhd Dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan bekerjasama untuk membangunkan tanah berkeluasan 97.28 hektar di Siera Alam, Shah Alam menjadi sebuah pembangunan guna campur bersepadu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kadar pertumbuhan angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara melonjak pada enam peratus pada suku kedua 2026, mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak RM436 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026), berbanding RM398 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
1bulan ago
KUCHING, 14 Ogos (Bernama) -- Sarawak menyasarkan pembangunan hab perubatan regeneratif pertama di Asia Tenggara menerusi cadangan pelaburan RM50 juta untuk membangunkan Sarawak Regenerative BioFoundry di Taman Bioindustri Sarawak.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai semula perkembangan makroekonomi yang terkini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang dalam tempoh dua minggu sebelum memutuskan pendirian dasar monetari yang bersesuaian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Konsistensi dasar dan asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur walaupun terdapat kebimbangan terhadap persekitaran politik domestik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ketika pasaran mencerna data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 buat masa ini dan kekal yakin bahawa pertumbuhan dijangka mencapai kira-kira lima peratus, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.