9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang memperincikan pendekatan baharu untuk memastikan tarif elektrik lebih adil dan sesuai dengan keadaan semasa pada tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan rendah berikutan aktiviti pengambilan untung selepas pasaran mencatat peningkatan selama empat hari berturut-turut sebelum ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Agensi pelaporan kredit CTOS Digital Bhd (CTOS) dijangka menanggung perbelanjaan modal tambahan dan operasi di bawah program pasca insidennya selama 12 bulan, susulan serangan siber ke atas persekitaran awannya.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sektor telekomunikasi Malaysia dijangka mencatatkan pendapatan yang lebih kukuh pada separuh kedua 2026 dan mengekalkan atau meningkatkan pembayaran dividen, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
9hari ago
JELI, 15 Okt (Bernama) -- Pengkomersialan produk BioKenaf® hasil penyelidikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menjana nilai jualan melebihi RM50 juta dan mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini turut memaparkan usaha kerajaan untuk memperkasakan wanita yang merupakan satu permulaan yang baik, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- BYD Malaysia Sdn Bhd melantik Inokom Corporation Sdn Bhd, anak syarikat Sime Motors yang berpangkalan di Kulim, Kedah, sebagai rakan pemasangan tempatan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga bahan api dunia susulan krisis geopolitik di Asia Barat, khususnya gangguan keselamatan di Selat Hormuz telah mengakibatkan kos bahan api seperti gas dan arang batu pada suku kedua dan ketiga 2026 meningkat jauh melangkaui paras harga asas.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sokongan dalam bentuk pelaburan besar diperlukan bagi penjanaan tenaga elektrik serta pemodenan grid untuk memacu peralihan campuran tenaga Malaysia selain memastikan bekalan elektrik kekal mampu milik, dipercayai serta terjamin, menurut Tenaga Nasional Bhd.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka menyokong pertumbuhan pendapatan selepas kerajaan meneruskan usaha untuk meningkatkan kadar upah melalui struktur gaji minimum berperingkat yang meliputi pekerja separa mahir dan graduan, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
9hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka mendorong peralihan industri jentera dan kejuruteraan (M&E) negara ke arah kegiatan yang bernilai tinggi selain turut memacu daya saingnya, menurut Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan Malaysia (MEIF).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kerugian dicatatkan oleh Wall Street ketika sentimen pasaran kekal tidak menentu susulan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.