Terdapat 648 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa "

Niaga Hadapan MSM Kekal Rendah Berikutan Penurunan Harga Minyak Mentah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari kedua berturut-turut pada Selasa susulan penyusutan harga minyak mentah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Zufazlin Baharuddin and Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) serta pengumuman keputusan kewangan syarikat teknologi utama AS.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan pasaran tunai. 

United Asiapac Energy Lancar IPO Pada Harga Terbitan 35 Sen Sesaham

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan minyak dan gas United Asiapac Energy Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada harga terbitan 35 sen sesaham, dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd dijadualkan pada 19 Ogos.

Untung Bersih Nestlé Malaysia Suku Kedua Naik Kepada RM155.01 Juta, Umum Dividen 80 Sen

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestlé (Malaysia) Bhd bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026 meningkat kepada RM155.01 juta daripada RM112.11 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Syarikat Sekutu HSS Engineers Dapat Kontrak Skim Bekalan Air Perak Utara Bernilai RM34 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd, SMHB Sdn Bhd telah memenangi kontrak untuk Skim Bekalan Air Perak Utara dan Jualan Lebihan Air Terawat ke Pulau Pinang (NPWSS) yang dikeluarkan oleh Gamuda Engineering Sdn Bhd bernilai RM34.0 juta.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Jualan Besar Saham Teknologi Serantau

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, seiring dengan jualan besar-besaran saham teknologi di pasaran serantau susulan pembuat cip Amerika Syarikat (AS) Nvidia dilaporkan berbincang dengan OpenAI untuk membantu membiayai dana sokongan bernilai US$250 bilion.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan sentimen serantau yang lemah berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan hari ini dan esok selain pengumuman prestasi kewangan syarikat teknologi utama AS.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Mentah, Minyak Kacang Soya Lemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah dan minyak kacang soya yang suram.

Unit Destini Peroleh Kontrak MRO Berjumlah RM45.58 Juta Daripada Perbadanan Aset Keretapi

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik Destini Bhd (Destini), iaitu M Rail Technics Sdn Bhd (Railtec) telah memperoleh kontrak bernilai RM45.58 juta daripada Perbadanan Aset Keretapi untuk melaksanakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi 13 set kereta api.