15jam ago
Oleh Karina Imran and Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong data ekonomi domestik yang kukuh dan meningkatkan jangkaan terhadap kemungkinan pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,781 isi rumah miskin tegar, miskin dan B40 telah menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di seluruh negara sehingga 31 Ogos 2026, menurut Kementerian Ekonomi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Syarat ekuiti Bumiputera pada tahap minimum 30 peratus diteruskan selaras dengan Garis Panduan Perolehan Hartanah (GPPH) yang berkuat kuasa mulai 13 Julai, 2022, dan ia tertakluk kepada kelulusan Kementerian Ekonomi.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu dan memperkukuh kedudukannya dalam sektor gas petroleum cecair (LPG) Malaysia susulan perubahan pemilikan dalam Perangsang Oil & Gas Sdn Bhd (POGSB), salah satu pemegang sahamnya.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak mentah dan minyak sayuran yang lebih kukuh.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd hari ini mengumumkan perjanjian untuk melaksanakan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri Perak, Khazanah Air Perak Sdn Bhd (KAP) dan Prasarana Air dan Irigasi Perak Sdn Bhd (PAIPP).
1hari ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM525.26 bilion sejak penubuhannya 20 tahun lepas dan kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi serta pengukuhan ekosistem ekonomi serantau.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika sentimen pelabur kekal berwaspada menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS pada minggu depan, kata penganalisis.
1hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) --Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan besar-besaran pada Isnin, walaupun indek itu gagal melepasi paras 1,600, kata seorang penganalisis.
1hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi tumpuan kepada usaha menarik lebih banyak syarikat penerbangan dan memperluas kapasiti lapangan terbang bagi menyokong pertumbuhan trafik pada masa hadapan serta menjana manfaat ekonomi yang lebih meluas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memberi tempoh lanjutan sehingga 30 Nov 2026 untuk Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB), MISC Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan hasrat mereka berhubung cadangan penswastaan Yinson Holdings Bh