Terdapat 46 berita berdasarkan kata kunci carian " bangunan"

Nippon Paint China Tampil Pertama Kali Di ARCHIDEX 2026, Sasar Pasaran Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kepesatan Asia Tenggara dalam mempercepat aspek penerimagunaan piawaian bangunan hijau, peningkatan asas pembuatan, permintaan terhadap teknologi jimat tenaga dan kecekapan sektor pembinaan dan perindustrian, turut membuka peluang baharu bagi syarikat bahan binaan China mengembangkan operasi di serata rantau itu.

Menara Merdeka 118 Dinamakan Semula Kepada Menara Merdeka Maybank

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Menara Merdeka 118 dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank, mencerminkan kehadiran kumpulan itu di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.

KL Midtown Lancar Menara Pejabat Mampan, Jangka Lebih Ramai Penyewa Pada Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- KL Midtown hari ini melancarkan menara pejabat ikoniknya yang mampan untuk dipajak dan menjangkakan berupaya menarik lebih ramai penyewa pada tahun hadapan.

GDB Holdings Peroleh Kontrak Pembinaan Di Mont Kiara Berjumlah RM439.4 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- GDB Holdings Bhd (GDB) memperoleh kontrak bernilai RM439.4 juta untuk projek pembinaan Wolo Hotel & Residences Mont Kiara KL di Kuala Lumpur daripada Magma Kiara Sdn Bhd.

Hampir Semua Sektor Ekonomi Dorong Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 5.8 Peratus Pada Suku Kedua 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Unit Tafi Raih Kontrak Pembinaan RM135 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – TAFI Home & Office Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TAFI Industries Bhd, telah menerima surat penganugerahan atau lantikan daripada Armani KPF2 Development Sdn Bhd membabitkan kerja-kerja pembangunan komersial bercampur di Setia Alam, Selangor.

Unit Hartanah Kenyalang Raih Kontrak Wisma JKR Sarawak Bernilai RM283.9 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Hartanah Kenyalang Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM283.9 juta daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

WCT Holdings Terima Kontrak Pembinaan Bernilai RM926.2 Juta Di Abu Dhabi

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd telah menerima subkontrak pembinaan bernilai RM926.20 juta di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, melalui usaha sama (JV) nisbah kepentingan 50:50 dengan Construction General Contracting House Ltd (CGCH).

Unit Hextar Industries Peroleh Kontrak EPC Bernilai RM138.4 Juta Di Pulau Indah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik Hextar Industries Bhd (HIB), Hextar Mitai Sdn Bhd (HMSB) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bernilai RM138.42 juta bagi pembangunan perindustrian berskala besar di Pulau Indah, Selangor. 

Ajinomoto Malaysia Raih Dua Pengiktirafan Di AREA 2026

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melakar pencapaian penting dalam perjalanan kelestariannya menerusi dua anugerah bagi kategori Kepimpinan Hijau dan Pelaporan Kemampanan Korporat di Asia Responsible Enterprise Awards (AREA) 2026.

U Mobile Selesai Beralih Kepada Rangkaian 5G Sendiri, Keluar Daripada Perjanjian Borong DNB

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd berjaya beralih kepada rangkaian ULTRA5G milik sendiri di seluruh negara selepas keluar daripada perjanjian akses borong dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Anak Syarikat Binastra Corp Peroleh Kontrak Pusat Data Bernilai RM491.15 Juta

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM491.15 juta daripada Exsim Sri Permai Sdn Bhd untuk pembangunan pusat data.