Terdapat 118 berita berdasarkan kata kunci carian " ekosistem "

Nilai Transaksi Alipay+ Di Malaysia Melonjak Kepada RM824 Juta Pada 2025 - MOF

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Nilai transaksi pembayaran QR oleh pelancong asing melalui ekosistem Alipay+ di Malaysia mencatatkan lonjakan signifikan sebanyak 89.6 peratus kepada RM824 juta pada 2025 berbanding RM435 juta pada tahun sebelumnya. 

RTS Link, JS-SEZ Bakal Corakkan Fasa Pertumbuhan Baharu Di Johor

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Projek seperti Sistem Transit Rapid (RTS) Link, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), peluasan rangkaian logistik serta pelaburan berterusan dalam infrastruktur perindustrian dan digital dijangka mengubah landskap ekonomi Johor.

Binance Masih Belum Dilesenkan SC Untuk Aktiviti Pasaran Modal Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Binance masih belum dilesenkan atau didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menjalankan aktiviti pasaran modal di Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Melaka Sasar Pelaburan Semikonduktor Bernilai Tinggi Generasi Baharu

MELAKA, 16 Julai (Bernama) -- Melaka terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara hab semikonduktor dan pembuatan termaju terkemuka Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem perindustrian yang kukuh, tenaga kerja berkemahiran serta lokasi strategik bagi menarik pelaburan bernilai tinggi generasi baharu.

RUU Statistik 2026 Bukti Komitmen Kerajaan Perkukuh Sistem Statistik Negara - Akmal nasrullah 

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini bakal membuka lembaran baharu dalam usaha kerajaan membangunkan sistem statistik negara yang lebih terselaras, berintegriti dan responsif. 

Dewan Rakyat Lulus RUU Statistik 2026, Wujudkan Kerangka Perundangan Lebih Moden Dan Komprehensif

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 yang bertujuan antaranya menggantikan Akta Perangkaan 1965 (Akta 415) bagi mewujudkan satu kerangka perundangan yang lebih moden, komprehensif serta selaras dengan ekosistem data dan statistik semasa.

Johor Sedia Hasil Robot Pembersihan AI Buatan Tempatan

KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.

Projek Pusat Data: Kerajaan Jamin Kelulusan Jika Bekalan Tenaga, Air Mencukupi - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan hanya akan meluluskan projek pusat data selepas memastikan kapasiti bekalan tenaga dan air mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat dan industri tempatan.

Jangan Ambil Mudah Kesan Ekonomi Susulan Selat Hormuz Tutup Semula - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyeru seluruh rakyat dan peniaga supaya tidak leka atau mengambil mudah kesan ekonomi dan rantaian bekalan susulan Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Jati Tinggi Raih Kontrak RM22.6 Juta, Buku Pesanan Cecah Rekod RM936.5 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) mencatat buku pesanan tertinggi baharu sebanyak RM936.5 juta selepas anak syarikat milik penuhnya memperoleh dua kontrak berkaitan pusat data di Johor bernilai keseluruhan RM22.6 juta.

Pasaran Hartanah Malaysia Kekal Disokong Infrastruktur, Aset Khusus

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.

IILM Raih Tiga Anugerah Prestij Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) meraih tiga anugerah berprestij pada The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.