2hari ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan merancang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (Pusat Data) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun depan bagi mengawal selia pertumbuhan industri pusat data supaya selari dengan kapasiti bekalan tenaga dan air negara.
2hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, Oct 19 (Bernama) -- Mesej Malaysia pada Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia di sini adalah jelas: ekonomi negara kini kembali rancak, disokong kestabilan politik, dasar jelas, serta pembaharuan berterusan yang mengukuhkan keyakinan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pelaksanaan strategi menyeluruh di peringkat nasional bagi memupuk dan membangunkan perniagaan Malaysia sehingga mampu menjadi peneraju di peringkat serantau dan global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 53.7 peratus tahun ke tahun kepada RM396.5 bilion pada September 2026 daripada RM258.1 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) akan bekerjasama dengan pemegang sahamnya yang terdiri daripada operator rangkaian mudah alih, pelanggan dan rakan teknologi bagi mempercepat penerimagunaan 5G serta membawa penyelesaian praktikal ke pasaran.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan industri pusat data perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menyusut pada awal dagangan Isnin, menjejaki penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas di tengah-tengah aktiviti penjualan saham berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara besar-besaran.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Buah Yuzu dari Jepun, dikenali kerana aroma unik dan rasa sitrusnya yang tersendiri, kini berpotensi untuk menembusi pasaran halal Malaysia, dengan pengeluar dari Wilayah Kochi menyasarkan peluang eksport baharu.
4hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Formula Satu (F1) kembali ke Malaysia telah mencetuskan semula minat terhadap Litar Antarabangsa Sepang, dengan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One berminat untuk berlumba di sana sekali.
4hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 17 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri bernilai tinggi dengan menarik pelaburan berkualiti, mendalami rantaian bekalan tempatan dan membangunkan bakat mahir, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati pada minggu hadapan, dengan para pelabur mengambil sikap yang terkawal dan membina dalam mendepani perkembangan domestik, dalam persekitaran ketidakpastian luaran serta sentimen pasaran serantau yang berbeza.
5hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka mencatatkan aliran peningkatan minggu depan, disokong oleh aktiviti penambahan semula stok menjelang musim monsun pada November, Disember dan Januari.