Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " terbitan"

Sukuk RM11.5 Bilion TH Bukan 'Bailout' Baharu - Nungsari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Sukuk bernilai RM11.5 bilion yang diterbitkan oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) merupakan pembaharuan sukuk yang telah matang daripada langkah penyelamatan kewangan (bailout) Tabung Haji (TH) sebelum ini dan bukan yang baharu, kata ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

LBS Bina Raih Untung Bersih RM15.04 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.

IJM Selesai Jualan Semula 142.4 Juta Saham Perbendaharaan, Kumpul Hasil RM385 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah menyelesaikan penjualan semula keseluruhan 142.4 juta saham perbendaharaannya, memperoleh kira-kira RM385 juta hasil bersih.

Co-opbank Pertama Terbitkan Sukuk Berstruktur Terlindung Bernilai RM500 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Co-opbank Pertama Bhd (CBP) telah selesai menerbitkan Sukuk Wakalah Berstruktur Terlindung yang pertama bernilai RM500 juta menerusi syarikat tujuan khasnya, Himayah Sukuk Bhd.

GTA Holdings Tangguh Rancangan Pengembangan Di Asia Barat, Teroka Peluang Lain

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin pesawat, GTA Holdings Bhd (GTA) telah menangguhkan rancangan pengembangannya di Asia Barat berikutan ketegangan yang berterusan di rantau itu.

Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE, GTA Holdings Sasar Kumpul RM71.75 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) enjin pesawat GTA Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM71.75 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO).

Anak Syarikat Resintech Peroleh Kemudahan Pembiayaan RM41 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Johan Panglima (M) Sdn Bhd, anak syarikat Resintech Bhd dengan kepentingan 55 peratus, berjaya memperoleh kemudahan pembiayaan berjangka Komoditi Murabahah berjumlah RM41 juta daripada Alliance Islamic Bank Bhd.

 

Tidak Perlu Tubuh RCI TH Baharu, Siasatan Pihak Berkuasa Memadai - IKRAM

Oleh Ahmad Erwan Othman

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan siasatan sedia ada oleh pihak berkuasa sudah memadai.

Pioneer Heat Sasar Kumpul RM21.68 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) – Pioneer Heat Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM21.68 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Sept 2026.

TH Disaran Umum Prestasi Kewangan Setiap Suku Tahun Seperti KWSP

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) disaran mengumumkan prestasi kewangan dan pelaburannya setiap suku tahun seperti dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebagai antara langkah memperkukuh ketelusan dan meningkatkan keyakinan pendeposit.

JV MN Holdings Peroleh Kontrak RM122.31 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB).

KDNK Tumbuh Positif, Bukti Daya Tahan Ekonomi Negara Harungi Ketidaktentuan - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ahli akademik berpendapat anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026 merupakan perkembangan positif yang mencerminkan daya tahan ekonomi Malaysia dalam persekitaran global yang masih tidak menentu.