Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian "kuala lumpur kepong"

Belian Saham Bersifat Defensif Terpilih Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Rabu disokong pembelian terpilih bagi saham bersifat defensif selepas sesi dagangan yang tidak menentu.

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia diniagakan tinggi sedikit pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih dalam saham berwajaran tinggi meskipun prestasi kebanyakan pasaran serantau kekal lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Berhati-hati Menjelang Mesyuarat FOMC

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa susulan sentimen serantau yang lemah berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan hari ini dan esok selain pengumuman prestasi kewangan syarikat teknologi utama AS.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Sentimen Pasaran Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, dengan sentimen berhati-hati dijangka berterusan selepas kenaikan pasaran serantau semalam menyebabkan pasaran Asia terdedah kepada penurunan semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Melantun Semula Ditutup Tinggi, Atasi Penyusutan Tiga Hari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Selepas susut selama tiga hari berturut-turut, Bursa Malaysia kembali melantun dengan menokok 0.18 peratus pada akhir dagangan hari ini susulan lonjakan harga minyak global yang turut menyuntik sokongan terhadap syarikat Malaysia berkaitan tenaga.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Susulan Prestasi Firma Teknologi Global

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring pasaran serantau ketika prestasi pendapatan memberangsangkan syarikat teknologi turut mendorong kenaikan saham berkaitan sektor itu di peringkat tempatan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih disebabkan aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan mengehadkan kenaikan walaupun Wall Street mencatatkan peningkatan semula semalaman, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan walaupun di pasaran meluas menunjukkan bahawa minat belian terpilih kekal kukuh.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Aliran Masuk Semula Dana Asing

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Selasa berikutan aliran masuk semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).