Terdapat 701 berita berdasarkan kata kunci carian "mas"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Jualan Saham Teknologi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila jualan besar-besaran saham berkaitan teknologi di peringkat global menjejaskan sentimen pelabur.

PM Anwar Berlepas Pulang Selepas Hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Di China

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari ke China, yang menyaksikan beliau menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33 di sini.

Maybank Laksana urus Niaga Pertama MGS Dalam Bentuk Token Digital Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Maybank berjaya menyelesaikan urus niaga tokenisasi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang pertama di negara ini menerusi program perintis bersama cabang insuransnya Etiqa Life Insurance Bhd.

Perdagangan Malaysia Meningkat 58 Peratus Kepada RM436.6 Bilion Pada Oktober - DOSM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 58 peratus tahun ke tahun kepada RM436.6 bilion pada Oktober 2026 daripada RM276.3 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

KPF Dapatkan Khidmat Firma Guaman Di Arab Saudi Bagi Laksana Keputusan Timbang Tara RM172.94 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dalam proses mendapatkan khidmat firma guaman tempatan di Arab

Menteri APEC Gesa Pembaharuan WTO, Perkukuh Integrasi Perdagangan Serantau

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menggesa pembaharuan yang bermakna dilaksanakan terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi menambah baik fungsinya dan memastikan ia kekal relevan dan responsif terhadap kepentingan negara anggota dalam menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin berkembang.

CIDB Gesa Kontraktor Dorman Kemas Kini Status Sebelum 29 Nov

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa kontraktor berstatus dorman supaya mengemas kini maklumat dan status pendaftaran masing-masing dalam Sistem Pengurusan Industri Pembinaan (CIMS) CIDB sebelum 29 November ini bagi mengelak implikasi terhadap pendaftaran syarikat.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Didorong Sentimen Elak Risiko Global

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat didorong oleh sentimen menghindari risiko global yang kembali meningkat, dengan sektor teknologi menjadi perhatian berikutan kemungkinan pelanggaran peraturan eksport cip Amerika Syarikat (AS).

Pembida BPlant Semua GLC Atau Syarikat Bumiputera, Penilaian Berdasarkan Proses Ketat - LTAT

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengesahkan semua pembida bagi  Boustead Plantations Bhd (BPlant) adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau syarikat Bumiputera, selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Kerjasama Awan AI Malaysia-AS Dorong Pemindahan Teknologi, Bina Kepakaran Tempatan - Pakar

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pemindahan teknologi menerusi kerjasama yang dicadangkan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bagi membangunkan infrastruktur awan kecerdasan buatan (AI) berdaulat negara adalah penting untuk membina kepakaran tempatan dan membolehkan Malaysia mengendalikan dan memajukan lagi infrastruktur itu secara kendiri, menurut pakar.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat selepas minggu dagangan yang tidak menentu dalam keadaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, terjejas oleh ketidaktentuan global yang berlarutan.