Keuntungan Bersih Dutch Lady Lonjak 26.2 Peratus
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Dutch Lady Milk Industries Bhd melonjak 26.2 peratus kepada RM40.46 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 daripada RM32.05 juta sebelum ini.
| BERITA TERKINI | Amaran hujan berterusan di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan hingga 27 Nov -MetMalaysia | Kerajaan Turkiye tidak bersedia terima pelarian Rohingya - PM Anwar | Petronas Chemicals kembali catat untung pada suku ketiga, dengan keuntungan bersih RM179 juta | Perak umum Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar | Perak bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.693 bilion, merangkumi RM1.1 bilion perbelanjaan mengurus dan RM593 juta pembangunan | |
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Dutch Lady Milk Industries Bhd melonjak 26.2 peratus kepada RM40.46 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 daripada RM32.05 juta sebelum ini.
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu apabila sentimen berhati-hati terus menjejaskan beberapa saham wajaran tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perladangan.
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Inisiatif Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang dikenali sebagai MediAsas direka bentuk untuk menjadi pelengkap kepada sistem penjagaan kesihatan sedia ada di Malaysia, dan bukannya mengambil alih peranan hospital kerajaan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah sedikit pada tengah hari ini, meskipun sentimen keseluruhan pasaran terus positif susulan pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2026.
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, seiring dengan penurunan di Wall Street semalaman berikutan kebimbangan mengenai aktiviti jualan saham berkaitan teknologi susulan gangguan yang menjejaskan rangkaian Agensi Keselamatan Negara (NSA), Microsoft Outlook dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan penting di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 pada hari pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) APEC, di sini.
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah kawal selia dan strategi berstruktur bagi menjamin kestabilan bekalan dan kos elektrik daripada pusat data tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri sedia ada.
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Bao’an mempergiat persiapan bagi menyambut ketibaan pemimpin dunia, delegasi dan petugas media antarabangsa sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026, dengan proses ketibaan berjalan lancar dan teratur.
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan tekanan jualan yang meningkat terutamanya dalam kalangan saham berkaitan teknologi dan pusat data sejajar dengan jualan di Wall Street semalaman, kata penganalisis.
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang memperkukuh rangkaian pengagihan elektrik dan mempercepat perancangan pembangunan infrastruktur bagi menampung peningkatan permintaan tenaga elektrik susulan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri pusat data, di samping memastikan bekalan kepada pengguna sedia ada kekal stabil dan terjamin.
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melahirkan kebimbangan terhadap jumlah penyertaan dalam fasa rintis MediAsas di Lembah Klang yang disifatkan terlalu kecil dan tidak mewakili keseluruhan pengguna perkhidmatan kesihatan swasta.