Terdapat 357 berita berdasarkan kata kunci carian " global"

Yinson Dalam Perbincangan Bagi Potensi Nyahsenarai Pada RM2.35 Sesaham

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd, Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) mengadakan perbincangan awal dengan MISC Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sekutunya serta pihak berkepentingan lain berhubung potensi cadangan untuk menyahsenaraikan syarikat berkenaan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Simposium Jackson Hole

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Jumaat menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Kevin Warsh pada Simposium Jackson Hole lewat malam ini.

Petronas Catat Prestasi Separuh Tahun Berdaya Tahan, Kekal Komited Menjamin Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatat keuntungan bersih RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat RM1 bilion atau empat peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin, kebolehpercayaan operasi dan kecemerlangan komersial dalam persekitaran makroekonomi yang mencabar.

SMR 20 Catat Paras Tertinggi 2026 Didorong Kebimbangan Bekalan Akibat El Nino

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah meneruskan momentum peningkatan pada Jumaat, dengan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 mencapai paras tertinggi bagi 2026, disokong jangkaan bekalan yang lebih ketat susulan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.

Pembangunan Urban Forest Bernilai RM1 Bilion Pacu Pertumbuhan Ekonomi Perak

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Pembangunan Urban Forest bernilai kira-kira lebih RM1 bilion di Tambun di sini, dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Perak apabila projek seluas 84 ekar itu siap dalam masa tiga tahun.

Malaysia Catat RM218.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Pada Separuh Pertama 2026 – MIDA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Transformasi AI Malaysia Wajar Utamakan Pendidikan, Penjagaan Kesihatan

GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.

ASM 2 Wawasan Catat Agihan Pendapatan RM1.31 Bilion, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.

PPB Group Optimis Terhadap Prestasi Separuh Kedua 2026 Dalam Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Kumpulan konglomerat pelbagai sektor, PPB Group Bhd kekal optimis tetapi berhati-hati berhubung prestasinya bagi separuh kedua 2026 di sebalik perkembangan geopolitik, ketidaktentuan harga komoditi dan faktor luaran lain yang terus mempengaruhi persekitaran operasinya.